AT&T Bersetuju Untuk Jual Crunchyroll Kepada Sony Dengan Nilai $1.175 Billion

Beberapa bulan lalu, telah muncul ura-ura bahawa Sony mahu memiliki perkhidmatan penstriman popular Anime Crunchyroll.

Hari ini, Sony Pictures telah mengumumkan kenyataan bahawa AT&T, syarikat induk kepada Crunchyroll telah bersetuju untuk melepaskan Crunchyroll kepada Sony dengan nilai pembelian $1.175 billion (~RM4.78 billion).

Crunchyroll yang mempunyai 3 juta pelanggan dan 90 juta pengguna berdaftar buat masa ini telah menawarkan perkhidmatan mereka kepada lebih 200 negara menjadikannya salah satu platform penstriman Anime yang popular secara global.

Selain penstriman Anime, Crunchyroll turut menawarkan permainan mudah-alih, bacaan manga, dan juga barangan atau produk berasaskan anime dan manga.

Dengan Sony memiliki Crunchyroll ini, secara tidak langsung memperkukuhkan lagi penawaran mereka dalam bidang Anime bersama-sama Funimation dan Aniplex yang juga milik Sony.

Sumber: Sony Pictures