Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
sony crunchyroll

Sony Dilaporkan Akan Mengambil Alih Laman Penstriman Anime Terkenal – Crunchyroll

Diterbitkan November 2, 2020 · Dikemas kini November 2, 2020 oleh Amsyar Latif

Berdasarkan laporan Nikkei Asia, Sony kini telah masuk ke fasa terakhir dalam perbincangan untuk memiliki laman penstriman terkenal, Crunchyroll.

Perjanjian itu dikatakan bernilai ¥100 bilion (~RM3.9 bilion) dan jika ia selesai, perkhidmatan penstriman anime ini akan rasmi di bawah syarikat Sony.

Good morning, America. This was our most read story while you were sleeping.https://t.co/C8Bx0F4omV

— Nikkei Asia (@NikkeiAsia) October 30, 2020

Crunchyroll dimiliki syarikat gergasi telekomunikasi AS – AT&T yang dilaporkan telah berusaha untuk menamatkan perkhidmatan ini buat sementara waktu.

Mereka juga berminat untuk mengurangkan beban hutang yang besar iaitu berjumlah lebih daripada $150 bilion (~RM6.2 bilion).

Pada masa kini, AT&T telah menggabungkan beberapa kandungan anime dari Crunchyroll ke dalam langganan HBO Max dan menawarkan keahlian Crunchyroll secara berasingan dengan harga $8 (~RM33) sebulan.

Sony Dilaporkan Akan Mengambil Alih Laman Penstriman Anime Terkenal – Crunchyroll

Dari sudut pandang Sony pula, dengan memiliki Crunchyroll akan membantu peningkatan penawaran hiburannya di pasaran yang dikuasai perkhidmatan penstriman lain seperti Netflix dan Hulu.

Sony Dilaporkan Akan Mengambil Alih Laman Penstriman Anime Terkenal – Crunchyroll

Sony setakat ini telah memiliki pengedar anime AS – Funimation yang menjumlahkan anime terkenal seperti Attack on Titan, Fullmetal Alchemist dan One Piece.

Memperoleh Crunchyroll akan membantu mengembangkan katalognya lebih jauh serta memperluas tawarannya di Jepun dan juga luar negara.

Sumber: Nikkei Asia

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • SoftBank Rancang Pelaburan AS$50 Bilion Dalam Teknologi Di Malaysia - PM Anwar
  • Selepas Didenda €200 Juta, Temu Janji Perketat Kawalan Penjualan Produk Tidak Sah
  • iPad mini Baharu Rasmi Dengan Skrin OLED, Cip A20 Pro, Harga Bermula RM2,999
  • Fungsi Navigasi TuJu Alami Gangguan, Pemulihan Dijangka Selesai Selewatnya 6 November
  • Maxis Broadband Bakal Ambil Alih Aset Perniagaan Astro Fibre, Nilai Sehingga RM83 Juta
  • Oracle Keluarkan Kemas Kini Kecemasan Java Susulan Insiden Sijil eMudhra
  • Cara Dapatkan Akses Microsoft 365 Percuma Khas Untuk Pelajar
  • Pekerja Micron Di Taiwan Tolak Cadangan Bonus Baharu, Tuntut Agihan Keuntungan Lebih Adil
©2026 WISER.MY