Siri ASUS Zenfone sudah lama tidak nampak kelibatnya sejak mereka lama mendiamkan diri buat pasaran tempatan terutamanya. Namun, ASUS kini kembali menawarkan Zenfone 8 dan Zenfone 8 Flip di Malaysia.
Melalui Zenfone 8, ia adalah sebuah peranti berkuasa berkelas andalan (flagship) akan tetapi dimuatkan dalam tubuh yang kecil. Sesuai dengan apa yang ASUS mahukan, iaitu selesa di genggaman tangan.
Hadir dengan cip Snapdragon 888, skrin 5.9 inci AMOLED E4 Samsung 120Hz, RAM sehingga 16GB, storan 128GB atau 256GB, IP68 serta bateri 4000mAh dengan pengecasan pantas 30W HyperCharge.
Kameranya terdiri daripada 64MP utama + 12MP ultra lebar pada bahagian belakang. Sementara 12MP kamera hadapan yang masing-masing menggunakan sensor daripada Sony.
Beralih kepada peranti dengan kamera boleh lipat Zenfone 8 Flip, terdapat tiga tetapan kamera yang mana 64MP utama, 12MP ultra lebar dan 8MP telefoto.
Masih lagi sebuah telefon berprestasi tinggi, tampil dengan Snapdragon 888, 8GB RAM dan storan 256GB dengan sokongan slot kad mikroSD.
Baca juga – ASUS Zenfone 8, Saiz Kecil Tak Apa, Janji Padu
Melengkapkannya, skrin bersaiz 6.67 inci AMOLED 90Hz, bateri 5000mAh dengan pengecasan 30W serta pembesar suara stereo yang mempunyai penarafan Hi-Res Audio dan Dirac.
Menerusi spesifikasi sebegitu, Zenfone 8 diletakkan pada harga bermula RM2699 sementara Zenfone 8 Flip pula bernilai RM2999.
Bersempena kehadirannya, ASUS menawarkan promosiĀ Early Bird bermula hari ini (28 Mei) hingga 11 Jun yang mana dapat menerima SolidSuit Case dan boleh dibeli di Shopee.
Lebih menarik, turut terdapat rebat RM200 untuk menggantikan telefon pintar lama anda kepada siri ASUS Zenfone 8 bermula hari ini sehingga 25 Jun di kedai pengedar ASUS sahaja dan bukan secara dalam talian.
Sumber: Siaran Akhbar ASUS