ASUS mempamerkan rancangannya untuk menerajui pasaran PC AI dalam taklimat akhbar eksklusif di Kuala Lumpur baru-baru ini.
Acara itu menawarkan gambaran keseluruhan terperinci mengenai visi strategik ASUS untuk menyepadukan AI ke dalam pengkomputeran peribadi, mengukuhkan kedudukannya sebagai salah satu syarikat yang menawarkan teknologi dan inovasi.
Selain itu terdapat juga beberapa fokus daripada sesi soal jawab tersebut.
1. ASUS telah memasuki pasaran PC AI dengan agresif tahun ini, dengan beberapa PC AI yang berbeza. Sejak bila ASUS mula memberi perhatian kepada AI?
Asus ingin mencipta AI yang menekankan keselamatan sambil juga menjadikannya boleh diakses oleh semua orang serta melakukan beberapa inovasi yang menepati tuntutan terkini dan kehendak pengguna.
2. Berkaitan dengan PC AI dan Copilot+ PC, apa yang ASUS lakukan untuk memastikan produk mereka menonjol berbanding pilihan dari pesaing?
Selain daripada reka bentuk dan kualiti binaan yang hebat dari segi perkakasan, terdapat dua perisian AI baru yang telah dibangunkan oleh ASUS, iaitu StoryCube dan MuseTree. Perisian khusus ini akan melengkapkan ciri-ciri AI yang sedia ada seperti Copilot, saling melengkapi untuk menjadikan PC AI ASUS mudah dan senang digunakan.
Ini akan tersedia secara eksklusif pada PC AI generasi akan datang. Ia juga membolehkan pengguna menghasilkan idea, teks dan grafik serta memproses dan menyusun imej mereka sendiri.
Inilah yang membuatkan produk ASUS menonjol di kalangan pesaing.
3. Bagaimana susahnya memasarkan idea baharu ‘PC AI’ kepada umum di Malaysia?
Terdapat kekurangan kesedaran pengguna umum mengenai AI, terutamanya pada peringkat awal. Namun ia menjadikan ASUS lebih unik untuk dipasarkan kerana ASUS adalah jenama yang pertama di Malaysia membawa masuk PC AI dengan Zenbook 14 OLED. Selain itu ASUS juga adalah antara yang pertama di dunia dan di Malaysia melancarkan Copilot+ PC dengan Vivobook S 15.
4. Boleh anda kongsikan beberapa maklumat mengenai prestasi ASUS di Malaysia pada masa ini?
Dari segi pengguna, ASUS kini menduduki 41.5% segmen komputer riba pengguna premium atas RM4,500. Setelah mengenali trend pengguna yang semakin meningkat mencari komputer riba nipis dan ringan dengan skrin besar, ASUS mendominasi pasaran skrin 16 inci dengan 57% pegangan pasaran.
Dari segi permainan, ASUS mengeluarkan komputer riba gaming premium yang berharga RM6,500, dengan 52% pegangan pasaran. Kami juga memimpin dalam segmen komputer riba permainan peringkat permulaan, dengan 44% pegangan pasaran untuk semua komputer riba gaming dengan menggunakan RTX 3050.
5. Terdapat beberapa pengkritik yang menyuarakan kebimbangan mengenai kesan alam sekitar yang mungkin disebabkan oleh trend AI semasa. Apa yang ASUS lakukan untuk memainkan peranan mereka dalam isu kelestarian?
ASUS menuju ke arah peningkatkan kelestarian selama kira-kira dua dekad sekarang, dan beberapa langkah yang telah kami ambil di peringkat global termasuk membentuk pasukan kelestarian khusus untuk menangani isu-isu berkaitan perubahan iklim, produk hijau, pengurusan rantaian bekalan dan sebagainya. Kami juga sentiasa bekerja keras untuk memenuhi semua kriteria kelestarian yang pelbagai di seluruh dunia, termasuk di Malaysia.
ASUS meneliti dalam empat bidang khusus, iaitu pembuatan yang bertanggungjawab, ekonomi kitaran, tindakan iklim dan penciptaan nilai. Hal ini membuatkan ASUS mempunyai plan untuk beralih kepada 100% tenaga boleh diperbaharui secara global menjelang 2035, dengan matlamat jangka panjang mencapai neutral karbon menjelang 2050.
6. Anda menyebut betapa kuatnya ASUS dalam segmen komputer riba permainan di Malaysia. Memandangkan kebanyakan pemain permainan akan fokus kepada prestasi permainan terlebih dahulu, bagaimana PC AI ASUS akan memenuhi keperluan mereka?
ASUS mencipta ROG Zephyrus G16 dan TUF Gaming A14 mempunyai kad grafik NVIDIA GeForce RTX yang sangat berkuasa yang mempunyai ciri-ciri berkuasa AI seperti DLSS dan Frame Generation yang akan membolehkan para pemain bermain hampir semua permainan yang dimahukan.
7. ASUS tidak pernah malu untuk mencuba kategori produk baharu dan inovatif. Kita sudah melihat ini dengan ROG Ally, komputer riba dua skrin, dan juga tablet permainan. Apakah yang seterusnya untuk ASUS?
ASUS sentiasa mengkaji pasaran untuk mengetahui lebih lanjut mengenai apa yang pengguna mahukan dan untuk melihat jika terdapat sebarang peluang baru untuk yang boleh dimasukkan dalam pasaran. ASUS juga cuba untuk memberi keseimbangan dari segi harga, prestasi dan mudah alih menyebabkan wujudnya ROG Ally. ASUS juga akan terus berinovasi untuk memastikan produk yang dikeluarkan terus berdaya saing.
8. Dengan pelancaran komputer riba ProArt baharu di Malaysia, ASUS mempunyai PC AI yang menyasarkan hampir setiap demografi di luar sana. Adakah terdapat kebimbangan bahawa terlalu banyak produk untuk pengguna tangani?
ASUS ingin memberi setiap orang pilihan. Dengan AI yang semakin relevan, dengan terdapatnya pelbagai pilihan PC AI untuk memenuhi pelbagai jenis pengguna di luar sana. Sebagai contoh, seorang kreatif profesional yang ingin menggabungkan ciri AI dalam kerja mereka. ProArt P16 kami akan membolehkan mereka menikmati komputer riba yang berkuasa namun mudah alih dengan ciri-ciri fokus kreatif seperti MuseTree, ASUS DialPad, skrin sentuh 4K OLED yang besar dan bateri tahan lama.
Dibandingkan juga dengan penggunaan seseorang yang sentiasa bergerak, seperti pelajar di kampus yang pergi dari kelas ke kelas akan mengutamakan hayat bateri yang paling penting. Dan bersama dengan keupayaan AI, Vivobook S 15 akan lebih sesuai untuk mereka, dengan komputer riba Snapdragon X Elite yang mampu beroperasi lebih 18 jam produktiviti tanpa gangguan di atas menawarkan ciri Copilot+ PC seperti Cocreator dan Live Captions. Dan para pemain games, seperti yang telah sebutkan tadi, akan menyukai kuasa ROG Zephyrus G16 dan TUF Gaming A14.
Dengan menyediakan pelbagai jenis pilihan komputer riba kepada rakyat Malaysia, setiap rakyat Malaysia akan dapat mencari serta membeli mengikut kesesuaian pembeli mengikut bajet masing-masing.
{suggest}
Sumber : Siaran Media ASUS