Asus Vivobook 13 Slate OLED - Papan Kekunci Boleh Tanggal, Skrin Boleh Conteng

ASUS kini memperkenalkan komputer riba boleh tanggal 13 inci pertama dunia. Ia juga mempunyai sokongan stylus yang membolehkan anda untuk melakar dan melukis terus pada komputer riba ini. Dengan menggunakan skrin jenis OLED, anda juga tidak perlu risau dengan warna yang dipaparkan pada skrin ini.

Inilah ASUS Vivobook 13 Slate OLED. Ia menggunakan papan kekunci boleh tanggal dan juga engsel yang boleh dibuka seluas 170°. Dengan sokongan stylus dari ASUS juga iaitu ASUS Pen 2.0, anda boleh melukis dengan lebih tepat pada komputer riba ini. Sokongan magnetik juga disertakan agar stylus ini mudah untuk dibawa kemana-mana.



Seperti namanya, kita tahu yang komputer riba ini menggunakan paparan OLED yang mana ia mampu memaparkan sehingga 1.07 bilion warna. Ia akan memberikan pengalaman menonton video dan filem yang lebih baik dengan Dolby Vision PANTONE disamping sokongan audio Dolby Atmos.

ASUS Vivobook 13 Slate OLED ini dikuasakan dengan Intel Pentium Silver N6000, 8GB RAM LPDDR4x, 258GB PCIe 3.0, pengecasan jenis USB-C dan menggunakan Windows 11 Home.



Komputer riba ini mula dijual pada 25 Januari dengan harga RM3,499. Dengan setiap pembelian juga anda akan disertakan dengan sarung unit, stand, stylus dan pemegang stylus.

Sumber: Siaran akhbar ASUS

Baca juga: