ASUS ROG Zephyrus G14 Ditawarkan Di Malaysia Bermula RM4,499

Seperti yang dijanjikan, ASUS kini telah melancarkan ROG Zephyrus G14 secara rasmi untuk pasaran Malaysia. Ia merupakan komputer riba gaming nipis berkuasa yang juga dimuatkan dengan cip terbaru AMD iaitu siri 4000 Ryzen.

Antara perkara paling menarik mengenai komputer riba ini adalah ia hadir dengan panel AniMe Matrix di belakang paparan boleh digunakan untuk mempamerkan pelbagai kandungan atau corak mengikut citarasa pengguna.



Untuk pasaran Malaysia, ia bakal dijual bermula pada harga RM4,499 dan mencecah RM7,699 untuk varian paling tinggi. Secara keseluruhan, terdapat 3 model pilihan cip antara Ryzen 5 4600HS, Ryzen 7 4800HS, dan Ryzen 9 4900HS.

Dari segi pilihan grafik, ia hadir kad grafik permulaan Nvidia GTX 1650 dan RTX 2060 Max-Q untuk yang paling berkuasa. RAM pula datang dalam pilihan antara 8GB DDR4 dan 16GB DDR4. Namun terdapat satu lagi ruang tambahan (dwi-saluran) menjadikan keseluruhan RAM kepada 32GB.

Storan pula tersedia pada 512GB dan 1TB dalam bentuk PCIe NVMe SSD. Untuk bateri, ASUS memuatkan kapasiti bateri 76Wh untuk kesemua model namun komputer riba ini juga menyokong pengecasan menggunakan port USB Type-C.

Untuk pilihan paparan, kesemua model menggunakan panel 14 inci IPS 100% sRGB, namun dibezakan dengan satu varian FHD 120Hz dan satu lagi QHD 60Hz.



Bagi yang mahu membeli G14 dengan harga permulaan, duka cita dimaklumkan untuk varian tersebut tiada panel AniMe Matrix disertakan. Anda perlu membeli varian yang lebih tinggi jika mahu menikmati panel corak tersebut.

Untuk keseluruhan harga dan varian model, boleh rujuk di bawah ini:

GA401I-HHE027T (Tiada AniMe Matrix, jualan bermula hari ini)

  • AMD Ryzen 5 4600HS (6 teras / 12 bebenang)

  • Nvidia GeForce GTX 1650 GDDR6 4GB

  • 14 inci FHD 120Hz IPS 100%sRGB

  • 8GB DDR4 3200MHz

  • PCIe NVMe 512GB SSD

  • RM4,499


GA401I-IHE103T (Boleh dibeli hari ini)
GA401I-IHE102T (Jualan Ogos 2020)

  • AMD Ryzen 5 4600HS (6 teras / 12 bebenang)

  • Nvidia GeForce GTX 1650 Ti GDDR6 4GB

  • 14 inci FHD 120Hz IPS 100%sRGB

  • 8GB DDR4 3200MHz

  • PCIe NVMe 512GB SSD

  • RM5,299


GA401I-UHE099T (Jualan Ogos 2020)

  • AMD Ryzen 7 4800HS (8 teras / 16 bebenang)

  • Nvidia GeForce GTX 1660 Ti GDDR6 6GB

  • 14 inci FHD 120Hz IPS 100%sRGB

  • 16GB DDR4 3200MHz

  • PCIe NVMe 512GB SSD

  • RM6,199


GA401I-VHE341T / GA401I-VHE340T (Jualan September 2020)

  • AMD Ryzen 9 4900HS (8 teras / 16 bebenang)

  • Nvidia GeForce RTX 2060 Max-Q GDDR6 6GB

  • 14 inci FHD 120Hz IPS 100%sRGB

  • 16GB DDR4 3200MHz

  • PCIe NVMe 1TB SSD

  • RM7,699


GA401I-VHA232T (Boleh dibeli hari ini)
GA401I-VHA231T (Jualan Ogos 2020)

  • AMD Ryzen 9 4900HS (8 teras / 16 bebenang)

  • Nvidia GeForce RTX 2060 Max-Q GDDR6 6GB

  • 14 inci QHD 60Hz IPS 100%sRGB

  • 16GB DDR4 3200MHz

  • PCIe NVMe 1TB SSD

  • RM7,699


Ada model yang sudah dijual bermula hari ini, manakala model-model lain bakal ditawarkan pada bulan Ogos dan September kelak.

Sumber: ASUS Malaysia

Beli ASUS ROG Zephyrus G14 di sini:
Lazada: https://invol.co/clpr6c

Berkaitan