ASUS ROG Zephyrus G14 Akan Hadir Untuk Pasaran Malaysia Jun Ini

Semalam pihak ASUS Malaysia telah melancarkan beberapa produk di antaranya adalah TUF Gaming A15/A17, VivoBook S14, dan Zephyrus G15. Namun, model yang paling dinanti-natikan iaitu ROG Zephyrus G14 tidak dilancarkan sekali bersama-sama.

Berita baik kepada anda yang menantikan model ini kerana ia akan dilancarkan pada bulan hadapan (Jun).

ASUS Zephyrus G14 hadir dengan rekaan unik lampu LED matrix di bahagian belakang paparan. Ia membolehkan pengguna mengubahsuai meletakkan animasi, gambar, GIF, teks, atau apa-apa sahaja sesuka hati pengguna.

ROG Zephyrus G14 | Laptops | ASUS Global

Model G15 juga turut mempunyai fungsi yang sama. Namun perbezaan utama antara G14 dan G15 adalah varian G14 lebih kecil dengan paparan bersaiz 14 inci manakala G15 mempunyai paparan 15.6 inci.

Dari segi spesifikasi, G14 hadir dengan cip pemprosesan AMD Ryzen 4000 yang terkini dan juga kad grafik RTX 2060. Untuk pasaran Malaysia, belum dapat lagi dipastikan spesifikasinya secara spesifik.

Asus Zephyrus G14 GA401 系列 - Notebookcheck

Buat masa ini, tarikh pelancaran dan harga jualan masih lagi belum diumumkan.