Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Screenshot 2020-08-27 at 7.31.57 PM

ASUS ProArt StudioBook One Rasmi Di Malaysia, Berharga RM 49,999

Diterbitkan Ogos 27, 2020 · Dikemas kini Ogos 27, 2020 oleh Amsyar Latif

ASUS kali ini betul-betul serius untuk memantapkan keluaran laptop mereka bagi kategori segmen kreatif / pencipta karya dengan melancarkan ProArt StudioBook One.

Screenshot 2020-08-27 at 7.33.16 PM

Laptop ini dijual pada harga RM 49,999. Namun, harga ini mempunyai sebab yang tersendiri kerana ia dijana dengan cip Intel Core i9-9980HK, NVIDIA Quadro RTX 6000 yang mempunyai 24GB GDDR6 VRAM dan RAM 64GB DDR4 2600MHz.

ASUS ProArt StudioBook One Rasmi Di Malaysia, Berharga RM 49,999

Paparan bagi laptop ini didatangkan dengan saiz skrin 15.6 inci LED 4K yang mempunyai 100% Adobe RGB, disahkan PANTONE dan penilaian warna DELTA E<1. Ia juga mempunyai kadar segar 120Hz.

Screenshot 2020-08-27 at 7.36.09 PM

Apa yang membezakan laptop ini berbanding laptop dalam kelas yang sama adalah semua komponen berada pada bahagian belakang skrin.

Screenshot 2020-08-27 at 7.35.50 PM

Tambahan lagi terdapat sedikit ruang di bahagian engsel laptop untuk pengudaraan yang baik. Dua kipas berada di bahagian bawah yang berfungsi sebagai intake dan kemudian exhaust di bahagian atas.

Screenshot 2020-08-27 at 7.35.22 PM

Rekaan laptop merupakan hasil kolaborasi ASUS dengan NVIDIA yang menjadikan laptop tersebut nipis dan relevan dengan rekaan laptop moden.

Screenshot 2020-08-27 at 7.34.42 PM

Bagi bahagian I/O, laptop ini didatangkan dengan 3xThunderbolt, 3 USB-C yang menyokong DP 1.4. Ini membolehkan pengguna untuk membuat sambungan ke monitor 8K. Ia juga dimuatkan dengan bateri 90Wh dan boleh dicas menggunakan pengecas 300W yang didatangkan dalam kotak.

Pada masa yang sama, ASUS juga mengumumkan monitor terbaru mereka iaitu ProArt Display yang sedia dijual pada harga RM 5,998.

ASUS ProArt StudioBook One Rasmi Di Malaysia, Berharga RM 49,999

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2026 WISER.MY