Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
ASUS Zenbook 14 OLED (UX3405)

Asus Pindahkan 90% Pengeluaran PC Dari China Ke Thailand, Vietnam Dan Indonesia

Diterbitkan Ogos 14, 2025 · Dikemas kini Ogos 14, 2025 oleh ariff bukhari

Asus memindahkan hampir semua pembuatan produknya untuk pasaran AS keluar dari China susulan tarif yang dikenakan oleh  Presiden AS, Donald Trump dengan lebih 90% pengeluaran papan induk dan PC Asus kini berpindah ke Thailand, Vietnam, dan Indonesia.

Langkah ini diambil sebagai persediaan terhadap ancaman tarif setinggi 145% untuk import dari China, walaupun kadar semasa masih 30% selepas rundingan perdagangan AS-China tergantung sehingga 10 November.

Perkara itu dinyatakan dalam pembentangan Suku Ke 2 Kewangan 2025 oleh eksekutif Asus.

Buat masa ini, kebanyakan produk Asus masih dalam senarai pengecualian tarif AS-China, tetapi syarikat itu bimbang perubahan akan datang, termasuk cadangan tarif 100% untuk cip asing yang mungkin menjejaskan komputer, telefon, dan monitor.

Asus bergantung kepada TSMC untuk pembuatan cip, dan pengecualian mungkin diberikan kepada pelabur besar dalam kilang AS seperti TSMC dan Nvidia.

Jika kos keseluruhan melebihi kemampuan untuk diserap, Asus mungkin terpaksa menaikkan harga kepada pengguna atau pengedar.

Trump juga telah mengenakan tarif 20% terhadap import dari China tanpa pengecualian dan mungkin mengembalikan tarif 25% ke atas kad grafik serta papan induk buatan China pada September nanti.

Berkaitan

  • (Ulasan) ASUS Zenbook A14 - Laptop Seringan 'Bulu Ayam', Termurah Dalam Kelasnya
  • Cara 'Install' Play Store Di Peranti Huawei
  • Jangan Takut, Ini Cara Buat Aduan Insiden Buli Terus Kepada KPM

Sumber:  PCMag

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • TikTok Shop Naikkan Kadar Komisen Bagi Kebanyakan Kategori - Berkuat Kuasa 31 Oktober 2026
  • Prapesan iPhone Duo Kini Dibuka Di Malaysia - Harga Bermula RM9,499
  • Malaysia Percepat Reka Bentuk Cip Menerusi IP Arm, Enam Cip Tempatan Dilancarkan
  • 3 Digital Audio Player Bawah RM400
  • Senario Terburuk Krisis Iklim Di Asia Selatan, 40.5 Juta Penduduk Berisiko Jadi Pelarian Menjelang 2050
  • Genting Dan Huawei Akan Bersama Bangunkan Bandar Pintar Teknologi Di Johor
  • RAM Mahal? 8GB Sudah Cukup Untuk PC Windows 11 - Microsoft
  • Sony Walkman Baharu Dipacu Android Dilancar Pada Harga ~RM11,750
©2026 WISER.MY