Model yang diumumkan adalah ZenBook Flip S, ZenBook S, ZenBook 14, dan ExpertBook B9.
Asus ZenBook Flip S
Asus ZenBook Flip S merupakan tawaran premium dalam barisan laptop Asus. Ia adalah laptop Asus pertama dengan lencana Intel Evo yang bertujuan untuk menyerlahkan reka bentuk ultraportable.
Ia hadir dengan cip Intel Core i7 Gen-11, grafik intel Iris XE dan RAM sehingga 16GB. Skrin ia juga mempunyai ciri-ciri sentuh dengan paparan 4K UHD OLED NanoEdge.
Asus ZenBook S
Di samping laptop ZenBook yang baru, Asus telah meningkatkan model yang sedia ada dengan spesifikasi baru. Asus ZenBook S adalah antara laptop yang dinaik taraf.
Laptop ini hadir dengan skrin sentuh 13.9 inci 3.3K NanoEdge dengan resolusi 3300x2200 yang disahkan Pantone. Ia dijana dengan cip Intel Core i7 Gen-11 dan RAM sehingga 16GB.
Asus ZenBook 14
Asus ZenBook 14 turut dikemaskini dengan cip pemproses Intel Gen-11. Ia ditawarkan dengan grafik Intel Iris XE atau Nvidia GeForce MX450. Paparan laptop ini menggunakan NanoEdge dengan nisbah 92% screen-to-body.
Asus ExpertBook B9
Asus ExpertBook B9 menampilkan rekaan minimalist seberat 880g bagi tujuan mudah alih.
Ia menggunakan cip pemproses Intel Core i7 dengan grafik Intel Iris XE serta Intel WiFi 6 untuk prestasi yang baik.
Selain itu, ia mempunyai AI audio yang membatalkan bunyi untuk menghasilkan bunyi yang jelas dan teknologi ASUS WiFi Master untuk sambungan rangkaian yang stabil.
Berkaitan
- Acer Nitro 5 Dengan Cip Intel Gen-11 Kini Sudah Boleh Dibeli
- Intel Kata Cip Laptop Baharu Mereka Paling Padu, Apple M1 Max Pun Kalah
- ASUS ROG Phone 3 Akan Hadir Di Pasaran Malaysia 5 September, Pra-Tempah Strix Edition Bermula Hari Ini
- Penyeludup Ini Ditahan Kerana Cuba Seludup Cip Intel Bernilai Lebih ~RM500 Ribu
- Intel Umum Dua Cip Tiger Lake-U Baharu, Capai Kelajuan CPU Tinggi
- Menarik Minggu Ini: Syarikat Facebook Jadi Meta, Cip Intel Alder Lake, Xperia Pro-I
- ASUS Umum Dua Lagi ZenBook OLED, Ini Adalah Harga Tempatan
- Ini Adalah Harga Di Malaysia Bagi Barisan Produk ASUS Gundam
- ASUS ROG Strix LC Radeon RX 6800 XT Hadir Dengan AIO 240mm
- Desktop 'Gaming' Acer Predator Dan Nitro Kini Dikuasakan Cip Intel Gen-13