https://youtu.be/alsQV3x7bgw
CPU Intel Tiger Lake dilengkapi dengan grafik terbina Xe, sokongan Thunderbolt 4, Wi-Fi 6, dan juga prestasi serta ketahanan bateri lebih baik berbanding CPU Intel Ice Lake sebelumnya.
Terdapat 9 model CPU Tiger Lake baharu yang dipecahkan melalui kelas UP3 dan UP4. Kelas UP3 ini sebenarnya adalah kelas yang sama untuk siri-U, manakala UP4 pula untuk siri-Y. Untuk Tiger Lake, Intel tidak lagi menggunakan penamaan U dan Y ini.
Membezakan kelas antara UP3 dan UP4 ini adalah dari segi kuasa dan prestasi. UP3 menawarkan CPU dengan kuasa dari 12-25W manakala UP4 lebih jimat tenaga dengan 7-15W.
Intel Tiger Lake Kelas UP3
Menggunakan kuasa Watt lebih tinggi, kelas UP3 lebih berkuasa dengan kelajuan mencecah 4.8GHz untuk teras tunggal manakala kesemua teras sehingga 4.3GHz melalui model i7.
Bukan itu sahaja kuasa grafik pemprosesan juga lebih tinggi dengan kelajuan Intel Iris Xe sehingga 1.35GHz.
Intel Tiger Lake Kelas UP4
Memfokuskan prestasi seimbang untuk komputer lebih nipis dan ringan, kelajuan untuk teras tunggal hanya sehingga 4.4Ghz untuk teras tunggal dan 3.9GHz untuk kesemua teras.
Apa yang utama adalah kelajuan asas yang hanya serendah 1.1GHz agar CPU tidak menggunakan kuasa yang banyak untuk menjimatkan ketahanan bateri.
Intel Evo
Turut hadir seiring dengan Intel Tiger Lake adalah Intel Evo. Ia merupakan piawaian untuk platform Project Athena yang telah diperkemas. Nama Project Athena tidak lagi digunakan sebaliknya ia digantikan dengan Intel Evo.
Dengan Intel Evo, ia menawarkan penggunaan kuasa dan prestasi tinggi untuk komputer riba nipis dan ringan.
Untuk Intel Evo, ia memerlukan syarat yang lebih ketat seperti sesebuah komputer riba Intel Evo perlu mempunyai jangka hayat bateri lebih dari 9 jam, pengecasan pantas, Wi-Fi 6, Thunderbolt 4, dan juga keseluruhan sistem yang hidup kurang dari 1 saat.
Ideanya adalah apabila pengguna melihat komputer riba dengan logo Intel Evo, mereka sedang melihat komputer riba premium dengan prestasi tinggi untuk ultrabook.
Menurut Intel, akan ada lebih dari 20 komputer riba Intel Evo dari pelbagai jenama yang bakal hadir pada tahun ini juga.
Sumber: Intel
Berkaitan
- MSI Stealth 15M Hadir Dengan Cip Intel i7 Gen-11, RTX 2060 Max-Q, Dan Panel 144Hz
- HP Spectre x360 15 Dikemaskini Dengan Bezel Lebih Nipis Dan Cip Intel Gen Ke-10
- Intel Tiger Lake Gen-11 Siri H, Siri N, Dan vPro Untuk Komputer Riba Diumumkan Secara Rasmi
- MSI Prestige Dikemaskini Dengan Cip Intel Gen 11 - Prestige 14 Evo Turut Diperkenalkan
- Microsoft Surface Book 3 Dilancarkan - Kemaskini Spesifikasi Intel Gen-10 Dan Pilihan NVIDIA Quadro RTX 3000
- Pemprosesan Grafik Xe Intel Tiger Lake Dikatakan Menyamai Prestasi Nvidia MX350
- Keluarga Intel Xe Diperlihatkan, Kad Grafik Pertama Dari Intel Dengan Sokongan Ray-Tracing
- HONOR MagicBook Pro 2020 Dikemaskini Dengan Cip Intel Gen-10 Dan Grafik Nvidia MX350
- Microsoft Perkenal Surface Pro 7+ Dengan Sokongan LTE, CPU Intel Gen-11, Dan Bateri Lebih Besar
- ASUS ZenBook 13/14 Dengan Cip Intel Gen-11 Kini Di Malaysia Bermula RM3,999