ASUS Hadir Dengan Paparan LCD 32" 4K Pertama Di Dunia Menyokong Teknologi Dolby Vision

Paparan untuk pengguna profesional.


Asus telah perkenalkan monitor terbaru mereka yang menyokong teknologi Dolby Vision  khusus untuk pengguna profesional. Model monitor Asus PA32UCX bersaiz 32" ini juga merupakan paparan pertama di dunia yang menyokong teknologi tersebut.

Asus PA32UCX merupakan sebuah monitor bersaiz 32" yang menggunakan panel LCD 4K HDR (3840x2160) serta dilengkapi dengan miniLED backlight. Kadar cerahannya pula mampu ditetapkan sehingga 1200nits.

Kapsyen: Panel LCD yang digunakan pada monitor Asus ini dibangunkan oleh JOLED, iaitu kerjasama antara pihak Japan Display, Sony dan Panasonic.


Monitor profesional yang menyasarkan pengguna yang terlibat dalam industri kreatif seperti penyunting video dan editor warna  ini dilengkapi dengan sambungan HDMI 2.0, DisplayPort 1.2, dan Thunderbolt 3 USB-C.

Walaubagaimanapun, buat masa ini tiada sebarang makluman berkaitan harga serta bilakah ia akan mula ditawarkan kepada pengguna. Tetapi dijangka Asus PA32UCX ini akan menjengah pasaran pada tahun ini juga.

Untuk info lebih lanjut tentang spesifikasi monitor Asus terbaru ini, sila layari laman muka ASUS ProArt PA32UCX.