Astro Mengumumkan Astro Ultra Box - Kandungan 4K UHD Serta Sokongan Rakaman Awanan

Astro hari ini telah melancarkan produk dan perkhidmatan terbaharu melalui Astro Ultra Box. Ia membawakan kandungan Astro dalam resolusi 4K, fungsi rakaman awanan yang membolehkan pengguna merakam lebih dari satu siaran pada satu masa, dan juga hadir dengan antaramuka baharu yang segar.

Kapsyen: Majlis Pelancaran Astro Ultra Box


Menurut Henry Tan, CEO Astro Group, beliau mengatakan 70% pelanggan astro mempunyai TV 4K. Dengan pelancaran Ultra Box, ia dilihat tepat pada masanya untuk memenuhi permintaan pelanggan yang semakin meningkat untuk melihat kandungan 4K UHD.

Kotak TV Astro Ultra BoxAntara ciri-ciri tontonan yang dipertingkatkan dalam Astro Ultra Box adalah:

  • Astro Cloud Recording: Pelanggan boleh merakam pelbagai program secara serentak dan simpan di Astro Cloud yang boleh diakses pada mana-mana peranti dan pada bila-bila masa. Pelanggan diberikan 200 jam penyimpanan HD secara percuma dan boleh ditambah sehingga 1500 jam pada harga RM15 sebulan.

  • Play from Start: Kelebihan buat penonton - jika anda berada pertengahan program, klik butang restart untuk menonton semula program dari awal.

  • New Home Screen: Membolehkan carian kandungan dengan lebih mudah. Semua program yang dipaparkan tersedia untuk ditonton tanpa dikenakan bayaran kecuali program yang dipaparkan dalam Store.

  • Discover and Stream VOD: Sambungkan Ultra Box ke internet dan nikmati lebih 50,000 video on demand di rumah atau melalui Astro GO.

  • Search: Carian mudah untuk kandungan dari katalog yang merangkumi siri TV, filem, program kanak-kanak, kandungan langsung dan rakaman anda sendiri. Cari mengikut padanan tajuk program, pelakon, pengarah dan juga saluran.

  • Multi-screen and Stop Here, Continue There: Hentikan siaran pada satu peranti dan sambung semula siaran anda di peranti lain.


Kos untuk memasang kotak TV Astro Ultra Box ini adalah percuma jika anda pelanggan pakej RM100 dan ke atas. Manakala bayaran RM199 pula untuk pelanggan pakej bawah RM100.

Kapsyen: Kotak TV Astro Ultra Box


Untuk mengetahui dengan lebih lanjut mengenai Astro Ultra Box, layari laman ini.

Sumber: Astro Ultra Box

Berkaitan