Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Asteroid Terbesar Dalam Tahun Ini Dijangka Akan Menghampiri Bumi Pada 29 April 2020

Asteroid Terbesar Dalam Tahun Ini Dijangka Akan Menghampiri Bumi Pada 29 April 2020

Diterbitkan April 12, 2020 · Dikemas kini April 12, 2020 oleh ariff bukhari

Sebuah asteroid terbesar dalam tahun ini dikesan akan melepasi hampir dengan bumi pada 29 April 2020 pada sekitar jam 9:56 a.m atau masa umumnya adalah pada 5.56 a.m.

Menurut NASA’s Center for Near Earth Object Studies(CNEOS), asteroid yang dikenali sebagai (52768) 1998 OR2 itu didakwa berukuran antara 1.1 batu dan berdiameter lebih sedikit daripada 2.6 batu.

Asteroid itu dijangka akan melepasi bumi pada kelajuan 20,000 batu/jam, pada jarak 4 juta batu (6 juta km) dari bumi atau bersamaan dengan 16 kali jarak antara bumi dengan bulan.

Sungguhpun laluan orbit asteroid itu sedia diketahui tidak akan menghentam bumi, tetapi ia tetap dikategorikan sebagai asteroid yang boleh membahayakan bumi kerana saiznya yang besar.

Asteroid (52768) 1998 OR2 ini dijangka akan kembali menghampiri bumi dalam tahun 2079 nanti pada jarak yang lebih dekat iaitu sekitar 1 juta batu dari bumi (bersamaan dengan 4 kali jarak antara bumi dengan bulan).

Dalam beberapa dekad kebelakangan ini, NASA telah mengesan semakin banyak orbit asteroid baru mengelilingi matahari.

Sumber: EartSky

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY