Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Asteroid 3 Kali Ganda Lebih Besar Dari Patung Liberty Akan Lintas Menghampiri Bumi Dalam Bulan Ini

Asteroid 3 Kali Ganda Lebih Besar Dari Patung Liberty Akan Lintas Menghampiri Bumi Dalam Bulan Ini

Diterbitkan September 3, 2021 · Dikemas kini September 3, 2021 oleh ariff bukhari

Agensi Angkasa Lepas Amerika (NASA) memaklumkan bahawa sebuah asteroid yang dianggarkan 3 kali ganda lebih besar dari Patung Liberty akan melintasi hampir dengan bumi pada 22 September ini.

Asteroid yang dikenali sebagai 2021 NY1 itu dilaporkan sedang bergerak pada kelajuan 33,659 km/jam.

Asteroid 3 Kali Ganda Lebih Besar Dari Patung Liberty Akan Lintas Menghampiri Bumi Dalam Bulan Ini

Sebagai perbandingan, Patung Liberty hanya setinggi 93 meter sahaja. Sementara 2021 NY1 pula mempunyai diameter antara 130 sehingga 300 meter.

NASA mengklasifikasikan sesebuah asteroid sebagai merbahaya jika asteroid itu bersaiz 150 meter atau lebih.

Jadi, 2021 NY1 dianggap merbahaya oleh NASA.

Tambahan pula menurut NASA, walaupun 2021 NY1 tidak akan menghentam Bumi, tetapi kedudukan laluan lintasannya dari jarak Bumi iaitu sejauh 930,487 batu atau bersamaan dengan 1,497,473.67 km menyebabkan asteroid itu tetap diklasifikasikan sebagai NEO (Near Earth Object).

NASA menjelaskannya seperti berikut,

“...because the gravitational tug of the planets could, over time, cause an object’s orbital path to evolve into an Earth-crossing orbit. This allows for the possibility of a future collision.” NASA

Screenshot 2021-09-03 at 22.34.53
Asteroid 2021 NY1 dijangka akan melintasi bumi pada 22 September 2021.

Sebagai perbandingan, jarak antara bumi dengan bulan adalah sejauh 238,855, batu (383999.1345 km).

Ini bukanlah kali pertama dan asteroid terbesar pernah melintasi hampir dengan Bumi.

Sebelum ini asteroid 2001 FO32 yang dianggarkan bersaiz 680 meter lebar pernah melintasi Bumi pada 21 Mac 2021 lalu.

Malah kelajuannya juga adalah jauh lebih laju dari asteroid 2021 NY1 di mana ia bergerak pada kelajuan 124,000 km/jam.

Sumber: Jet Propulsion Laboratory, NASA Solar System Dynamic, Center for Near Earth Object Studies, Mirror

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Fungsi Navigasi TuJu Alami Gangguan, Pemulihan Dijangka Selesai Selewatnya 6 November
  • Maxis Broadband Bakal Ambil Alih Aset Perniagaan Astro Fibre, Nilai Sehingga RM83 Juta
  • Oracle Keluarkan Kemas Kini Kecemasan Java Susulan Insiden Sijil eMudhra
  • Cara Dapatkan Akses Microsoft 365 Percuma Khas Untuk Pelajar
  • Pekerja Micron Di Taiwan Tolak Cadangan Bonus Baharu, Tuntut Agihan Keuntungan Lebih Adil
  • Barclays Rancang Kurangkan 5,000 Pekerja Susulan Penggunaan AI
  • Majikan Semakin Sukar Cari Pekerja Berkemahiran Teknikal Dan Praktikal - WEF
  • Arc Browser Akhirnya Ucap Selamat Tinggal, Pengguna Digesa Beralih Ke Dia
©2026 WISER.MY