Asphalt 9: Legends Kini Tambah Sehingga 240 Telefon Android Untuk Ciri 60 FPS

Asphalt 9: Legends merupakan permainan lumba kereta arked yang terdapat pada platform iOS, Android, PC, dan juga Nintendo Switch.

Sebelum-sebelum ini, untuk pengalaman lumba 60 fps pada telefon pintar,  hanya telefon pintar iOS dan model mercu Android seperti Samsung dan Sony sahaja yang menyokongnya.

Jadi, selama ini hampir majoriti pemain pada Asphalt 9 hanya memainkan permainan pada fps sekitar 30-40fps sahaja.

Namun, ini bakal berubah dengan kemaskini terbaharu Asphalt 9 iaitu The British Season.

BRITISH SEASON COMING UP!! NEW CARS SOON!! | A9 LEGENDS - YouTube

 

Selain membawakan kandungan permainan baharu seperti musim karier baharu, ia juga menambah 5 buah kereta baharu iaitu:

  • Aston Martin Valhalla Concept Car

  • Jaguar C-X75

  • Bentley Mulliner Bacalar

  • Bentley Continental GT3

  • McLaren F1 LM




Antara yang menarik juga adalah pasukan Asphalt telah menguji 60 fps pada 240 telefon pintar Android. Antara model popular yang menyokong ciri baru ini adalah:

  • ASUS Zenfone 6

  • Google Pixel 3, Pixel 4

  • HTC U12+

  • LG G8 ThinQ

  • LG V60 ThinQ

  • Nokia 9

  • OnePlus 8, 8 Pro

  • OPPO Find X2 Pro

  • Poco F2 Pro

  • Razer Phone 2

  • realme X2 Pro

  • realme X50 Pro Play

  • Redmi K20 Pro (Xiaomi Mi 9T Pro)

  • Xperia XZ3

  • vivo NEX s

  • Xiaomi Mi 10 Pro

  • Redmi K30 Pro

  • ZTE Nubia Red Magic 5G

  • Huawei P30

  • Dan banyak lagi


Untuk melihat senarai penuh telefon Android yang menyokong ciri 60fps, boleh ke pautan ini.

Namun, menurut mereka, anda perlu beringat bahawa jika menggunakan ciri 60fps ini, boleh jadi bateri akan terlalu cepat habis ataupun telefon menjadi panas.

Jika ini terjadi, anda boleh mengubah tetapan untuk hanya bermain pada 30 fps sahaja.

Kemaskini The British Season ini juga membawakan banyak penambahan baharu lain dan juga kemaskini pepijat. Kemaskini ini akan dilepaskan pada hujung minggu juga.

Sumber: Asphalt 9: Legends

 

Berkaitan