Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Ares X Dilancarkan – Laptop Gaming Modular Dari Illegear

Ares X Dilancarkan – Laptop Gaming Modular Dari Illegear

Diterbitkan Ogos 21, 2020 oleh Amsyar Latif

Illegear merupakan jenama yang tidak asing lagi dalam dunia gaming. Illegear sentiasa mengemaskini dan melancarkan produk terbaharu selari dengan spesifikasi terkini. Hari ini, Illegear telah mengumumkan model Ares X sebagai penambahan baru dalam barisan produk mereka.

Ares X Dilancarkan – Laptop Gaming Modular Dari Illegear

Menariknya mengenai laptop ini, ia merupakan laptop gaming modular pertama dari illegear. Kemampuan laptop ini menyamai desktop kerana ia hadir dengan cip terbaru daripada intel dan pengguna boleh menukar cip serta kad grafik mengikut kehendak masing-masing.

Ares X Dilancarkan – Laptop Gaming Modular Dari Illegear

Laptop ini hadir dengan dua variasi iaitu model yang dijana cip Intel Core i5-10400 dan Intel Core i7-10700 namun pengguna mempunyai pilihan sehingga Intel Core i9-10900K desktop. Paparan Ares X menggunakan panel IPS 144Hz bagi varian i5-10400 dan panel IPS 240Hz bagi varian i7-10700 dalam saiz 17.3 inci FHD INFIVISION.

Terdapat dua pilihan kad grafik bagi model i7-10700 iaitu NVIDIA RTX 2070 Super 8GB dan RTX 2080 2080 Super 8GB. Bagi model i5-10400 pula hanya satu pilihan iaitu NVIDIA RTX 2070 Super 8GB. RAM pula mempunyai 4 slot dan menyokong sehingga 128GB DDR4.

Ares X Dilancarkan – Laptop Gaming Modular Dari Illegear

Berat laptop adalah 2.7KG termasuk bateri dan tebal 32.5mm. Antara fungsi lain laptop adalah seperti pembesar suara Sound Blaster Atlas, Wifi Killer Doubleshot Pro dan juga papan kekunci RGB.

sound blaster

Ares X dijual bermula RM 9,999 untuk model i5-10400. Bagi model i7-10700 untuk RTX 2070 Super berharga RM 12,999 dan untuk RTX 2080 Super pula berharga RM 15,999.

ARES X Pre-order KV

Setiap tempahan pelanggan akan dapat naik taraf 1TB Samsung NVME SSD, Thermal Grizzly Kryonaut, Tusk Gaming Mouse dan kalibrasi monitor semua dengan percuma. Pra-tempah bermula dari 18 Ogos hingga 31 Ogos 2020 dan mendapat hadiah percuma bernilai RM 846.

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Siri vivo X500 Kini Tiba Di Malaysia, Harga Bermula RM4,699
  • Malaysia Antara 10 Negara Dengan Penggunaan Data Mudah Alih Tertinggi Di Dunia
  • 2 Laptop ASUS Dipacu RTX Spark Dengan RAM 48GB Tiba Di Malaysia
  • ACE Malaysia 2026 Tampilkan Penggunaan AI Setempat Untuk Perniagaan
  • Lebih Ramai Percaya AI Akan Menyebabkan Manusia Hilang Pekerjaan
  • Eksploit Prolapse Didakwa Sokong PS5 Firmware 14.10, Tapi GTA 6 Masih Sukar Dicetak Rompak
  • Kami Suruh AI Tukar Kindle Lama Ini Kepada Fret Gitar Elektrik & Main Solo Atasnya
  • AEON Bank Perkenal 'Financial Purr-Sona' - Ciri AI Untuk Kenal Pasti Persona Kewangan Pengguna
©2026 WISER.MY