Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
jeddah tower

Arab Saudi Memulakan Semula Pembinaan Menara Tertinggi Dunia

Diterbitkan Oktober 9, 2024 · Dikemas kini Oktober 10, 2024 oleh ariff bukhari

Selepas tertangguh beberapa kali, Arab Saudi kini memulakan semula pembinaan Menara Syarikat Ekonomi Jeddah (JEC) yang akan menjadi struktur tertinggi dunia apabila siap kelak.

Menara dengan 157 tingkat itu dikatakan akan memiliki ketinggian lebih 1,000 meter (1km) apabila ia siap sepenuhnya.

“Pembinaan Menara Jeddah telah dimulakan semula… menara itu dijangka siap dalam tempoh 4 hingga 5 tahun,” Syarikat Ekonomi Jeddah (JEC), pemaju, mengesahkan perkara itu dalam satu kenyataan.

Palm Frond
Direka oleh Adrian Smith dan Gordon Gill daripada firma Adrian Smith + Gordon Gill Architecture, rekaan Menara Jeddah diilhamkan pelepah sawit baharu, yang banyak terdapat di Arab Saudi.

Sehingga kini, sebanyak 63 tingkat sturktur menara itu telah pun siap menurut Kingdom Holding Company (KHC), pemegang saham utama dalam JEC.

Projek pembinaannya dimulakan semula selepas KHC mengumumkan minggu lepas bahawa perjanjian untuk menyambung semula pembinaan telah ditandatangani dengan Kumpulan Saudi Binladin, bernilai SAR7.2 bilion (~RM8.2 bilion).

Jeddah tower 1
Pembinaan Menara JEC, telah menghadapi kelewatan selama beberapa tahun selepas ia bermula pada April 2013 dahulu.

Menara Jeddah terletak di bandar Jeddah, Arab Saudi. Sebuah kawasan pelabuhan, bandar ini bersempadan dengan Laut Merah dan merupakan yang kedua paling ramai penduduk di negara Timur Tengah.

Apabila siap, bangunan pencakar langit itu akan menyertai keajaiban seni bina lain di Jeddah, seperti Masjid Terapung Pulau Pinang dan Al Balad, pusat bersejarah bandar yang menampilkan rumah daripada batu karang.

Jeddah tower 2
Menara Jeddah, dahulunya dikenali sebagai Kindom Tower sedang dalam pembinaan pada 2018.

Selain itu, menara Jeddah ini akan mengatasi rekod Burj Khalifa yang berketinggian 828 meter. Hampir sama seperti Burj Khalifa, Menara Jeddah dijangka menawarkan ruang kediaman, komersial dan pejabat.

Terdapat juga dek pemerhatian (kini dirancang untuk menjadi yang tertinggi di dunia), hotel Four Seasons dan balkoni luar berdiameter 98 kaki, yang pada asalnya direka sebagai helipad.

Tambahan lagi, menara ini sekali gus sebaris dengan pencakar langit tertinggi di dunia lain seperti Burj Khalifa, Merdeka 118, Shanghai Tower dan Makkah Clock Royal Tower.

Berkaitan

  • Penyelidik: Ais Laut Artik Hampir Ditahap Terendah Dalam Sejarah, Ais Antartika Juga Terus Merosot
  • Elecom Akan Lancarkan Kabel Pertama Sokong USB4 Versi 2.0 Di Jepun
  • Samsung Mohon Maaf Kepada Semua Kerana Kurang Inovasi

Sumber: Architectural Digest

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Microsoft Sahkan Gangguan Global Berakhir, Perkhidmatan Kembali Pulih
  • Laptop Kita Selangor: 150 Komputer Riba Untuk Setiap DUN
  • Selangor Tawar Akses Gemini Enterprise Setahun Kepada 50,000 Rakyat
  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
©2026 WISER.MY