Hanya watak protagonis sahaja boleh menggunakan iPhone.
Dalam temu bual Vanity Fair bersama pengarah filem Rian Johnson beliau mendedahkan, Apple tidak membenarkan watak-watak penjahat dalam filem atau drama yang diterbitkan sesebuah produksi menggunakan iPhone.
"I don't know if I should say this or not... Apple... they let you use iPhones in movies but — and this is very pivotal if you’re ever watching a mystery movie — bad guys cannot have iPhones on camera.” Rian Johnson.
Jadi, hanya watak-watak hero atau heroin sahaja yang dibenarkan menggunakan iPhone sebagai prop di dalam sesebuah produksi filem.
Rian Johnson merupakan seorang pengarah filem terkemuka yang telah mengarah filem seperti Knives Out dan Star Wars: The Last Jedi.
Walaupun beliau kelihatan berjenaka ketika mendedahkan info tersebut, tetapi Apple memang pernah melakukan perkara yang sama dalam siri drama popular pada tahun 2002 dahulu iaitu 24.
Dalam siri drama aksi thriller itu, Wired melaporkan kesemua watak hero dalam siri tersebut menggunakan komputer Apple Macintosh. Manakala watak penjahat pula menggunakan komputer Microsoft Windows.
Sumber: The Verge
Berkaitan
- iMac 2021 Kini Dikuasakan Oleh Cip Apple M1 Serta Ditawarkan Dalam 7 Pilihan Warna Menarik
- Ciri Bernilai RM2.1 Bilion Mula Ditawarkan Untuk Barisan iPhone 14
- Apple Mungkin Akan Menggantikan Apple Watch Series 3 Yang Rosak Kepada Series 4
- Trailer Filem Gran Turismo Dah Keluar, Bakal Ditayangkan Pada Ogos 2023
- Hero Filem Black Panther Maut Akibat Barah Pada Usia 43 Tahun
- Disney Menangguhkan Tayangan Filem Thor Terbaru Di Malaysia
- HONOR Menjadikan iPhone Sebagai Penanda Aras Bagi Siri HONOR Magic3
- Penggodam Muda Dipenjara Selepas Menyamar Sebagai Mafia Bagi Mengugut Dan Meminta Apple Membayarnya Sebanyak USD100 Ribu
- Apple Melepaskan Kemas Kini Terbaru iOS 12.3.2
- Apple Menaik Taraf Barisan Model iMac Dengan Perkakasan Yang Lebih Berkuasa