Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Switch Membuat Program Pertukaran Bateri Iphone Dengan Harga RM199

Apple Setuju Menyelesaikan Saman USD500 Juta Berkaitan Isu ‘Diam-Diam’ Memperlahankan Prestasi iPhone

Diterbitkan Mac 3, 2020 · Dikemas kini Mac 3, 2020 oleh ariff bukhari

Apple masih menafikan sebarang salah laku.

Reuters melaporkan, Apple Inc. telah bersetuju untuk menyelesaikan saman yang difailkan dalam bulan Disember 2017 dahulu.

Saman itu menuduh Apple dengan sengaja memperlahankan model terdahulu iPhone, apabila model terbaru dilancarkan atau memaksa mereka menukar bateri iPhone yang baru.

Penyelesaian saman itu meminta Apple membayar USD25 bagi setiap model iPhone yang terjejas dengan isu ini. Jumlah yang perlu dibayar Apple dianggarkan berjumlah antara USD310 juta (minimum) hingga USD500 juta (maksimum).

Dalam penyelesaian saman itu menyebut, model-model iPhone yang terjejas adalah dari model iPhone 6, 6 Plus, 6s, 6s Plus, 7, 7Plus atau SE yang menjalankan sistem operasi iOS 10.2.1 atau terbaru.

Juga meliputi pengguna iPhone 7 dan 7 Plus yang menjalankan sistem operasi iOS 11.2 atau terbaru sebelum 21 Disember 2017. Peguam bagi pihak pengguna menggambarkan penyelesaian itu sebagai “adil, munasabah dan memadai”.

Apple sebelum ini berdepan kemarahan pengguna iphone di seluruh dunia apabila mereka secara diam-diam memuatkan ciri yang dapat memperlahankan iPhone bermula iOS 10.2.1 bagi tujuan menangani isu seperti membolehkan bateri iPhone beroperasi lebih lama. Tetapi ciri itu menyebabkan prestasi iPhone pengguna diperlahankan. Isu ini lebih dikenali pengguna sebagai “throttling”.

Apple setuju menyelesaikan saman ini adalah bagi mengelakkan mereka daripada terus menanggung beban kos perundangan. Bukan sebagai tanda bersetuju mereka melakukan salah laku terhadap pengguna menerusi produk mereka.

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Microsoft Sahkan Gangguan Global Berakhir, Perkhidmatan Kembali Pulih
  • Laptop Kita Selangor: 150 Komputer Riba Untuk Setiap DUN
  • Selangor Tawar Akses Gemini Enterprise Setahun Kepada 50,000 Rakyat
  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
©2026 WISER.MY