Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Hubungi Kami
WISER.MY

Apple Sekali Lagi ‘Serang’ Pembocor Rahsia Produk Mereka

Posted on Julai 30, 2021

Terdahulu, pembocor rahsia maklumat produk Apple telah pun menerima surat amaran daripada pihak mereka. Kebanyakan maklumat tersebut biasanya datang dari China.

Tidak pelik kerana peranti iPhone pun dipasang oleh Foxconn di China. Namun, Apple kini begitu serius dengan masalah berkaitan rahsia produk mereka dimana Apple sekali lagi menghantar surat kepada pembocor maklumat tersebut.

Daripada surat itu, Apple mahu pembocor maklumat untuk menghentikan aktiviti mereka dan pada masa yang sama meminta untuk memberitahu bagaimana maklumat tersebut diperoleh serta sumber mereka.

Tambahan lagi, mereka turut diminta untuk menandatangan persetujuan dan diberi masa selama 14 hari untuk memberi maklum balas kepada Apple.

Buat pengetahuan, terdahulu surat amaran yang dihantar Apple itu dituju pada KangĀ dimana beliau membantu Jon Prosser untuk berkongsi imej yang sangat tepat bagi AirPods Max walaupun ia belum dilancarkan lagi.

Bahkan, sebenarnya terdapat beberapa lagi pembocor maklumat Apple turut menerima surat yang sama pada bulan yang lalu.

Sumber: vice, macrumors

Baca juga artikel berkaitan:

  • Banyak Pemenang Anugerah Fotografi iPhone Guna Model Yang Lama
  • Mungkin iPhone Tahun Ini Sokong Pengecasan 25W
  • Pernah Dituduh Sebagai Produk Curi, Android Kini Menjadi Pilihan Utama Pengguna Berbanding iOS

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2025 WISER.MY | Powered by SuperbThemes & WordPress