Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
hi speed apple

iPhone 12 Dijangka Akan Diperkenalkan Pada Acara Yang Berlangsung 13 Oktober Ini

Diterbitkan Oktober 7, 2020 ยท Dikemas kini Oktober 7, 2020 oleh Amalina Athman

Seperti dijangka sebelum ini, Apple kini mengesahkan acara pelancaran “Hi, Speed” akan diadakan pada 13 Oktober 2020, bertempat di Apple Park. Sama seperti acara yang berlangsung pada pertengahan September lalu, acara kedua ini akan turut diadakan secara dalam talian.

tarikh pelancaran iPhone 12

Setelah pelbagai desas-desus mengenainya, sudah pasti menjadi tumpuan utama adalah barisan iPhone 12 yang dijangka bakal diperkenalkan pada acara yang berlangsung minggu hadapan.

Terdahulu, iPhone 12 dilaporkan akan hadir dengan 4 model dimana Apple dikatakan akan membuka pra tempahan bermula 16 Oktober nanti. Namun, lebih banyak persoalan mengenai iPhone 12 dijangka hanya akan terjawab pada 13 Oktober nanti.

iPhone 12 Dijangka Akan Diperkenalkan Pada Acara Yang Berlangsung 13 Oktober Ini

Dalam pada itu, pengguna iPhone dan iPad juga boleh mencuba AR tersembunyi ini. Caranya adalah dengan tap pada imej acara di laman Apple dan AR tersebut akan dibuka secara automatik.

Bagi anda yang ingin menonton penstriman langsung acara “Hi, Speed”, ianya boleh dilakukan melalui laman rasmi Apple atau Youtube pada 1 pagi, 14 Oktober 2020 (mengikut waktu Malaysia).

 

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Jensen Huang Letak Jawatan Sebagai CEO Selepas 33 Tahun, NVIDIA Lantik CEO Interim
  • Aplikasi Mudah Alih MySAHAM MITI Dilancarkan
  • HLB Islamic Naik Taraf Sistem Audio Masjid Jamek Untuk Keselesaan 3,000 Jemaah
  • MRANTI Lancar Lima Mission Labs Di I-Nation 2026, Sasar Projek Rintis Dalam 12 Bulan
  • Universiti China Beli 2 Cip Nvidia H200 Walaupun Berdepan Sekatan AS
  • Pas MyKomuter50 Boleh Diaktifkan Mulai 16 November, Ini Caranya
  • Ini 9 Pengeluar Modul DRAM Pihak Ketiga Terbesar Dunia, Kingston Kuasai 62% Pasaran
  • HONOR Magic9 Pro Max Akan Dilancar Di Malaysia 24 November
©2026 WISER.MY