Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Apple Rugi Berbilion Dolar Disebabkan Penipuan Waranti

Apple Rugi Berbilion Dolar Disebabkan Penipuan Waranti

Diterbitkan Oktober 10, 2018 · Dikemas kini Oktober 10, 2018 oleh Helmi Samsuri

Mengutip laporan daripada The Information, Apple telah mengalami kerugian berbilion dolar akibat penipuan waranti di China.

Penipuan melibatkan iPhone yang dibeli ataupun unit yang dicuri. Selepas itu, komponen dalaman peranti seperti papan litar dan skrin paparan akan ditukarkan dengan komponen yang tidak asli dan terdapat juga kes ditukar dengan pembalut gula-gula getah.

Kemudiannya iPhone tersebut akan dipulangkan kepada Apple Store dan ditukar dengan yang baru menerusi waranti.

Perkara ini mula disedari pada 2013, dimana pihak Apple mengenalpasti sejumlah iPhone yang ditukar menggunakan Apple ID yang baru.

Selepas mendapat unit gantian, pengguna akan menggunakan Apple ID lama mereka. Berdasarkan maklumat itu, Apple membuat kira-kira sekitar 60% waranti  di China dan Hong Kong adalah palsu dan hal ini menyebabkan mereka kerugian berbilion dolar.

Ia juga memaksa, Apple menutup sementara kedai rasmi mereka di Shenzen kerana cawangan itu dilaporkan lebih dari 2000 tuntutan waranti dibuat dalam masa seminggu.

Bagi menyelesaikan permasalahan itu, Apple mengambil langkah dengan melaksanakan ujian waranti yang lebih terperinci.

Selain itu, mereka turut menggunakan warna yang tidak dapat dilihat pada bateri, dan menggunakan bahan kalis khas pada cip pemprosesan.

Dengan langkah itu, gergasi berpengkalan dari Cupertino itu berjaya mengurangkan kadar penipuan dari 60% kepada 20%.

Sumber: The Information dan Phone Arena

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Universiti Nasional Singapura Bangunkan Skrin Sentuh Dalam Lengan Baju, Didakwa Pertama Di Dunia
  • Yes Dan Ryt Bank Kini Jadi Rakan Penaja Rasmi FAM
  • Tentera Laut AS Berjaya Uji Kawal Dron MQ-25A Dari Kapal Pengangkut Sejauh 3,380km
  • BYD Perinci Pelaksanaan Flash Charging Di Malaysia, DENZA Z9GT Sokong Cas 5 Minit
  • Sony Perkenal Sensor Imej 1mm Untuk Endoskop Pakai Buang
  • Apa Itu 'Timing Chip' Dan Bagaimana Ia Digunakan Dalam Maraton?
  • Virgin Galactic Perkenal Apeiron, Sasar Bawa Pelancong Ke Angkasa Pada 2027
  • Syarikat Semikonduktor Korea Selatan Perkenal LED Putih Tanpa Unsur Nadir Bumi
©2026 WISER.MY