Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Apple Watch Ultra 2_

Apple Perlu Lebih Inovatif Untuk Kekal Terajui Industri Jam Pintar – IDC

Diterbitkan Disember 27, 2024 · Dikemas kini Disember 27, 2024 oleh ariff bukhari

Menurut laporan terbaru IDC,  pasaran peranti boleh pakai di pergelangan tangan global telah mencatatkan penghantaran berjumlah 139 juta unit dalam tiga suku pertama 2024,.

IDC berkata, jumlah itu menurun 1.0% tahun ke tahun kesan daripada persaingan dan ketepuan pasaran di India dan AS.

Sebaliknya, pasaran China mencatakan penghantaran sebanyak 45.8 juta unit, meningkat 20.1%, sekali gus menjadikannya pemacu utama pertumbuhan global bagi sektor itu.

Data IDC mendedahkan, sejak awal tahun ini, Huawei telah mencapai pertumbuhan yang berterusan dan stabil dalam pasaran Asia-Pasifik, Amerika Latin, Timur Tengah dan Afrika dengan mengukuhkan strategi penetempatannya dan membina imej jenama global.

Ia telah meletakkan Huawei peneraju peranti pakai di tangan bagi suku pertama hingga ke-3 2024 dengan pertumbuhan tahun ke tahun sebanyak 44.3%.

HUAWEI WATCH D2
HUAWEI WATCH D2 yang dilancarkan baru-baru ini adalah Jam Tangan Pintar Pertama di Dunia dengan Pemantauan Tekanan Darah Ambulatori (ABPM) Diluluskan oleh Pihak Berkuasa Peranti Perubatan Malaysia, Pentadbiran Produk Perubatan Kebangsaan (NMPA) dan Peraturan Peranti Perubatan (MDR).

Apple menerusi jam Apple Watch mereka pula didapati mencatatkan penurunan tahun ke tahun sebanyak 12.8% bagi sektor peranti pakai di tangan.

IDC dalam ulasannya berkata, Apple berdepan persaingan sengit jam tangan pintar di seluruh dunia di mana mereka dicabar oleh produk daripada lebih banyak segmen harga dalam perniagaan yang dipakai di pergelangan tangan.

“Walaupun Apple Watch masih berada di kedudukan pertama dalam pasaran jam tangan pintar global, ia masih perlu memperkenalkan reka bentuk yang lebih inovatif untuk terus menerajui industri.”

Worldwide Top 5 Wrist-Worn Device Companies

Sophie Pan, Pengarah Penyelidikan IDC China, percaya bahawa pasaran peranti dipakai di pergelangan tangan dipengaruhi oleh pelancaran produk baharu oleh pengeluar terkemuka.

Walaupun pasaran semasa dikuasai oleh harga dan dipacu saluran, kekuatan produk akan dipertingkatkan lagi oleh inovasi teknologi baharu seperti penerokaan dan pembangunan dalam interaksi AI di masa hadapan.

Berkaitan

  • Tak Perlu Risau Cas Berkali-Kali: Bateri Telefon Baharu Ini Tahan Lama Dan Selamat
  • Huawei Watch D2 Dilancarkan Dengan Ciri Pemantauan Tekanan Darah Ambulatori Pertama Di Dunia Pada Jam Pintar
  • Apple Hampir Capai Nilai Pasaran Saham US$4 Trilion

Sumber: IDC

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Apa Itu PHP Dan Siapa Yang Temui Kecacatannya Sehingga Hampir Semua Laman Web Di Seluruh Dunia Terpaksa Ditutup
  • Dua Pepijat Kritikal PHP2Shell Boleh Dieksploitasi - NACSA Gesa Organisasi Kemas Kini Segera
  • "Bapa PlayStation" Anggap Bantahan Terhadap Penghentian Cakera Fizikal Mungkin Isu Mentaliti
  • COROS PACE 4 Pro Dengan Bateri Hingga 21 Hari Tiba Di Malaysia Pada Harga RM1,999
  • Aplikasi TuJu Alami Gangguan Teknikal - Langkah Pemulihan, Tambah Baik Sistem Sedang Dilaksana
  • Xbox Cloud Gaming Kini Ada Pakej Ikut Jam, Bermula AS$3.99
  • "Iron Man" Dan Snap Berkolaborasi Lancar Cermin Mata AR Berharga RM10,000
  • Perkhidmatan Dalam Talian TH-Maybank Islamic Kembali Beroperasi - Tabung Haji
©2026 WISER.MY