Apple Menerbitkan Filem The Rock x Siri: Dominate The Day - Lakonan Dwayne Johnson Dan Siri!

Dwayne "The Rock" Johnson hari ini mengumumkan dia akan bergandingan bersama pembantu suara AI Apple yang dikenali ramai, Siri dalam satu filem yang berjudul The Rock x Siri: Dominate The Day.



Menurut kiriman The Rock di Twitter, filem ini dihasilkan untuk tujuan komersial dan akan ditayangkan bermula hari ini 24 Julai di Youtube rasmi Apple, tapi masih tak dapat diketahui masa sebenarnya filem ini akan mula dimuat naik oleh mereka.



Ini bukan kali pertama Apple menerbit filem pendek mereka sendiri. Bulan lepas Apple turut menayangkan filem pendek "Detour" arahan Michel Gondry, pengarah dari Perancis yang merakam keseluruhan filem tersebut dengan menggunakan iPhone.

Filem ini juga dilihat merupakan satu langkah cerdik oleh Apple yang dikhabarkan akan memperkenalkan peranti pembantu suara, Home Pod seperti Alexa dan Google Home, dengan mengekalkan bintang utama mereka, Siri.

Berkaitan