Akan sedikit menyukarkan bakal pembeli produk Apple membuat keputusan membeli.
Sejak seminggu lalu, Apple didapati telah membuang ruang review pembeli yang pernah membeli produk-produk Apple, khususnya aksesori-aksesori Apple dari laman stor atas talian mereka.
Ia mula dilaporkan oleh laman Apple Insider yang menyedari akan ketiadaan lagi ruang Ratings & Reviews pembeli yang pernah wujud sebelum ini.
Jika sebelum ini, pada ruang laman stor atas talian Apple akan dipaparkan ruang Product Information, Compatibility, Ratings & Reviews dan Questions & Answers. Tetapi kini ia hanya memaparkan Product Information, Compatibility dan Questions & Answers sahaja.
Bermakna, kesemua review yang pernah dibaut oleh pembeli produk-produk Apple sebelum ini tiada lagi dipaparkan. Sekaligus menyukarkan bakal pembeli lain mendapatkan pandangan pengguna yang pernah membeli produk tersebut bagi mengetahui adakah ia berkualiti atau sesuai untuk mereka.
Apple setakat ini masih tidak memberikan penjelasan berhubung tindakan mereka membuang ruang Ratings & Reviews itudari laman stor mereka. Tetapi dipercayai tindakan tersebut dibuat kerana kebanyakkan pengguna memberikan review negatif terhadap produk Apple pada ruang tersebut.
Berkaitan
- Apple Mungkin Akan Dipaksa Menggunakan Sambungan USB-C Pada Model iPhone Akan Datang
- "Ultra-Rare" Kasut Apple Ini Berharga Lebih RM225 Ribu
- Apple Melepaskan Kemas Kini Terbaru iOS V12.3.1 Bagi Pengguna iPhone, iPad Dan iPod Touch
- iMac 2021 Kini Dikuasakan Oleh Cip Apple M1 Serta Ditawarkan Dalam 7 Pilihan Warna Menarik
- Apple Beri Panduan Cara Betul Bersihkan iPhone 15 Pro Ekoran "Isu Warna Titanium Luntur"
- Muat Turun Dan Pasang Aplikasi Android Lebih Pantas Dan Selamat Dengan Google Play Store v32.3
- Apple Dinobat Sebagai Syarikat Paling Dikagumi Di Dunia
- Cip Apple M1 Dilaporkan Jadi Sasaran 'Ransomware'
- Aplikasi Penjejak Selaman Skuba Kini Tersedia Untuk Apple Watch Ultra
- Apple Akan Mengehadkan Ciri Aplikasi Sembang Yang Dimiliki Facebook