Apple Mematikan Ciri ‘Walkie Talkie’ Pada Apple Watch Buat Masa Ini

Reading Time: 1 minute

Apple meminta maaf kepada pengguna kerana ciri tersebut tidak dapat digunakan buat masa ini. 

Apple telah mengeluarkan kenyataan rasmi di atas tindakan mereka mematikan ciri ‘Walkie Talkie’ pada peranti jam pintar mereka, Apple Watch.

Ia berikutan laporan yang diterima mereka menerusi laman sokongan Apple yang mendakwa individu lain boleh mendengar perbualan yang sedang berlaku menerusi iPhone antara 2 orang yang sedang menggunakan ciri ‘Walkie Talkie’ pada Apple Watch.

‘Walkie Talkie’  pertama kali diperkenalkan pada watchOS 5 yang membolehkan pengguna Apple Watch berkomunikasi dengan menghantar mesej suara hanya dengan menyentuh jam pintar tersebut terus dari pergelangan tangan si pemakainya kepada mana-mana individu (dengan izin) diseluruh dunia.

Berikutan isu tersebut, pihak Apple telah meminta maaf kepada pengguna mereka dan mereka sedang menjalankan sisatan ke atas dakwaan tersebut.

We were just made aware of a vulnerability related to the Walkie-Talkie app on the Apple Watch and have disabled the function as we quickly fix the issue. We apologize to our customers for the inconvenience and will restore the functionality as soon as possible. Although we are not aware of any use of the vulnerability against a customer and specific conditions and sequences of events are required to exploit it, we take the security and privacy of our customers extremely seriously. We concluded that disabling the app was the right course of action as this bug could allow someone to listen through another customer’s iPhone without consent.  We apologize again for this issue and the inconvenience.

Sumber: Tech Crunch

ariff bukhari
Tentang Penulis

Ariff Bukhari adalah penulis dan pemilik laman AriffMac.com yang mengkhususkan produk-produk Apple. Kini beliau berkolaborasi bersama team Wiser.my.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *