Apple Melancarkan "Power Bank" Magnet Untuk Siri iPhone 12

Terdahulu, Apple pernah menawarkan kerangka bateri pada iPhone yang mana ia memberikan bekalan kuasa tambahan pada peranti.

Kini, seiring dengan teknologi, mereka tampil dengan sebuah "power bank" baharu yang dinamakan sebagai MagSafe Battery Pack, khusus untuk barisan iPhone 12.

Apa yang baharu padanya adalah ia sebuah aksesori yang tampil dengan saiz yang boleh muat pada mana-mana siri iPhone 12. Cara menggunakannya mudah sahaja, pengguna hanya perlu meletakkannya pada belakang peranti.



Secara automatik, ia akan melekat. Sama seperti aksesori lain untuk siri iPhone 12. MagSafe Battery Pack ini mampu mengecas pada kadar 5W sahaja dan dimuatkan dengan saiz bateru 1460mAh.

Oleh itu, kapasiti yang kecil tidak mampu mengecas peranti dengan penuh. Mungkin ia sememangnya direka sebegitu dimana hanya untuk memberikan kuasa tambahan apabila pengguna memerlukannya.

Aksesori ini akan dijual pada harga RM479 dan buat masa ini belum diketahui bilakah ia akan tersedia buat pembeli.

Baca juga - Exynos 2200 Didakwa Akan Kalahkan Snapdragon 895

Baca juga - Pakar Keselamatan Mengesyorkan Pengguna Agar Tidak Menggunakan Aplikasi Facebook Messenger Ketika Ini

Baca juga - Prestasi Snapdragon 895 Didakwa Masih Belum Kalahkan Apple A14 Bionic