Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Apple iMac 2021 Dijangka Hadir Dengan Lima Pilihan Warna

Apple iMac 2021 Dijangka Hadir Dengan Lima Pilihan Warna

Diterbitkan Februari 25, 2021 oleh Amalina Athman

Apple kini dilaporkan bakal memperkenalkan model iMac 2021 dengan lima pilihan warna, seumpama iPad Air yang dilancarkan pada tahun lalu.

Dalam video yang dimuatnaik melalui saluran Youtube FrontPageTech, Jon Prosser mendedahkan iMac dengan rekaan baharu akan hadir dengan sejumlah pilihan warna termasuk Silver, Space Grey, Green, Sky Blue dan Rose Gold.

Warna iMac 2021

Gambaran rekaan baharu iMac dengan lima pilihan warna tersebut turut dikongsikan oleh Prosser. Tambahnya, kelima-lima warna ini mengimbau nostalgia pilihan warna yang ditawarkan pada iMac klasik, di mana ia hadir dengan warna ikonik seperti Lime, Strawberry, Blueberry, Grape dan Tangerine.

imac classic

Di sisi yang lain, laporan sebelum ini menjangkakan iMac 2021 bakal hadir dengan cip Apple M1 serta bezel yang lebih nipis.

Sumber: Macrumors

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Jensen Huang Letak Jawatan Sebagai CEO Selepas 33 Tahun, NVIDIA Lantik CEO Interim
  • Aplikasi Mudah Alih MySAHAM MITI Dilancarkan
  • HLB Islamic Naik Taraf Sistem Audio Masjid Jamek Untuk Keselesaan 3,000 Jemaah
  • MRANTI Lancar Lima Mission Labs Di I-Nation 2026, Sasar Projek Rintis Dalam 12 Bulan
  • Universiti China Beli 2 Cip Nvidia H200 Walaupun Berdepan Sekatan AS
  • Pas MyKomuter50 Boleh Diaktifkan Mulai 16 November, Ini Caranya
  • Ini 9 Pengeluar Modul DRAM Pihak Ketiga Terbesar Dunia, Kingston Kuasai 62% Pasaran
  • HONOR Magic9 Pro Max Akan Dilancar Di Malaysia 24 November
©2026 WISER.MY