Apple kini sedang berada di fasa untuk penggunaan cip Apple Silicon M1 bagi kesemua barisan Mac mereka. Terbaru, menurut @L0vetodream menerusi akaun Twitternya, iMac yang akan dijana pemproses M1 mungkin akan hadir pada Mac ini.
Dengan ini juga, ia akan menjadi komputer desktop pertama yang akan menggunakan cip pemproses Apple Silicon. Tambahan lagi, ia pasti menarik perhatian ramai kerana model iMac sudah lama tidak dikemas kini oleh Apple.
Malah, kali terakhir Apple melancarkan desktop mereka adalah pada tahun 2019 iaitu iMac Pro. Selain itu, cip M1 sudah cukup berkuasa menerusi Mac Mini, Macbook Air dan Macbook Pro. Semestinya, versi desktop akan menerima prestasi yang lebih baik.
Dalam pada itu, terdapat laporan sebelum ini di mana Apple sedang membangunkan cip pemproses 32-teras untuk Mac Pro.
Sumber: @L0vetodream