Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Apple Halang Penggunaan Komponen Tidak Rasmi Pada  MacBook Pro Dan iMac Pro

Apple Halang Penggunaan Komponen Tidak Rasmi Pada MacBook Pro Dan iMac Pro

Diterbitkan Oktober 8, 2018 · Dikemas kini Oktober 8, 2018 oleh Helmi Samsuri

Kadanga-kala, sesetengah pemilik MacBook Pro dan iMac Pro memilih untuk membaiki peranti mereka di kedai yang menggunakan komponen pihak ketiga.

Ia mungkin kerana harganya lebih murah ataupun tiada pusat baiki Apple yang sah berada berdekatan mereka.

Namun, menuruti laporan daripada MacRumours, cip sekuriti daripada Apple yang dipanggil T2, akan menghalang MacBook dan iMac daripada berfungsi sekiranya terdapat komponen tidak rasmi.

Laporan menyebut, dokumen dalaman yang diedarkan kepada pusat baiki Apple yang sah ada menyatakan, selepas komponen diganti, perisian ‘sistem konfigurasi’ akan memeriksa sama ada komponen gantian itu rasmi atau tidak.

Difahamkan peranti yang dilengkapi dengan cip T2 hanya akan boot apabila mendapat kebenaran daripada  perisian Apple Service Toolkit 2.

Perisian tersebut hanya terdapat di pusat baiki Apple yang sah dan cuma berfungsi apabila bersambung dengan Apple’s Global Service Exchange (GSX), pelayan awan untuk proses baiki.

Pemeriksaan sekuriti itu melibatkan penggantian komponen seperti paparan, papan logik, Touch ID, papan kekunci, bateri, pad pengesan, dan speaker untuk MacBook Pro 2018.

Bagi model Mac Pro, pemeriksaan hanya melibatkan papan logik dan juga penggantian flash storan.

Polisi yang baru ini dilihat memberi impak kepada kedai-kedai baik pulih yang hanya menawarkan komponen pihak ketiga.

Sumber: MacRumours dan The Next Web

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • WhatsApp Uji Ciri 'View Once' Untuk Mesej Teks, Sebilangan Pengguna Kini Mula Menerimanya
  • Harman Kardon Lancar 2 Model Pembesar Suara Baharu, Harga Dari RM1,099
  • Kajian: 83% Rakyat Malaysia Berdepan Scam Dalam Setahun, 14% Alami Kerugian Wang
  • Acer Malaysia Lancar Penapis Udara Mesra Haiwan Peliharaan Dan Kipas Pintar
  • The Transformers: The Movie Akan Ditayangkan Secara Percuma Di YouTube 27 Nov Ini
  • Nothing Dedah Rupa Peranti AI Baharu Yang Bakal Dilancar Disember Ini
  • Kenali Rencana, Aplikasi Pelajar IPT Untuk Urus Jadual, 'Assignment' Dan Ulang Kaji
  • iQOO 16 Dengan Cip Snapdragon 8 Elite Extreme Gen 6 Akan Dilancarkan Di Malaysia Pada 8 Disember Ini
©2026 WISER.MY