Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Apple Google X-Mode

Apple, Google Akan Membuang Aplikasi Yang Mempunyai Penjejakan X-Mode

Diterbitkan Disember 10, 2020 oleh Amalina Athman

Masih ingatkah anda mengenai isu aplikasi Muslim Pro yang hangat diperkatakan sebelum ini? Walaupun Muslim Pro telah menafikan isu penjualan data tersebut, namun pihaknya mengakui hubungan urus niaga bersama X-Mode.

Lantaran itu, Muslim Pro juga telah serta merta memutuskan hubungan perniagaan dengan X-Mode iaitu pihak ketiga yang mengumpul data Muslim Pro.

Terbaru, Apple dan Google dilaporkan mengambil langkah untuk mengharamkan X-Mode dari platform mereka setelah pendedahan mengenai hubungan syarikat itu dengan kontraktor tentera A.S.

X-Mode telah mengumpul data lokasi dari aplikasi di App Store dan Play Store, seterusnya menjual maklumat tersebut kepada kontraktor yang terlibat dengan tentera A.S.

Menurut laporan The Wall Street Journal, kedua-dua syarikat ini meminta pembangun untuk mengeluarkan SDK (software development kits) dan penjejak lokasi X-Mode daripada aplikasi mereka.

Bagi Google, pembangun diberi masa 7 hari untuk mengeluarkannya. Jika kod X-Mode tidak dikeluarkan, aplikasi tersebut akan disekat daripada platform Play Store. Pembangun juga boleh memohon lanjutan sehingga 30 hari.

Sementara itu, Apple dilaporkan memberi masa selama dua minggu kepada pembangun untuk membuang SDK X-Mode, atau jika tidak aplikasi tersebut akan dibuang daripada App Store.

Sehingga kini, Apple telah menemui 100 aplikasi yang dibangunkan oleh 30 pembangun mengandungi SDK X-Mode.

Dalam pada itu, X-Mode mengatakan pihaknya akan menilai kembali kontrak yang telah dijalinkan bersama kontraktor tentera A.S. Tambahnya,

“A ban on X-Mode’s SDK would have broader ecosystem implications considering X-Mode collects similar mobile app data as most advertising SDKs, and Apple and Google would be setting the precedent that they can determine private enterprises’ ability to collect and use mobile app data.”

Sumber: The Wall Street Journal via Apple Insider

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • MITI Bakal Lancar Aplikasi Mudah Alih Sistem Saham Khas Bumiputera
  • 11 Pencipta Kandungan Wakili Malaysia Di TikTok Awards Southeast Asia 2026
  • Kebakaran Di Indonesia Bersamaan 18 Kali Ganda Saiz Bandar London
  • Syarikat Cip Korea Selatan Bangunkan Cip AI Rendah Haba Hingga Tidak Mencairkan Mentega
  • Skyro Kini Di Malaysia, Tawar Pinjaman Tunai Digital Sehingga RM1,000
  • 5 Perkara Menarik Yang Patut Anda Tahu Tentang Anthropic
  • (Ulasan) CMF Speaker M — Rupa Macam Kotak Susu, Bunyi Tak Mengecewakan
  • Pelajar UPM Kaji Potensi Sisa Kopi Untuk Teknologi Rawatan Kanser
©2026 WISER.MY