Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
apple store archi

Apple Dilaporkan Melarang Pembekal Mereka Label “Made in Taiwan” Pada Produk

Diterbitkan Ogos 8, 2022 oleh ariff bukhari

Menurut laporan oleh laman Business Insider, Apple dilaporkan melarang para pembekal untuk produk-produk mereka melabelkan komponen-komponen yang dibekalkan dengan label “Made in Taiwan” pada komponen-komponen tersebut.

Ia berdasarkan kepada laporan Nikkei Asia yang melaporkan Apple memberi amaran kepada para pembekal komponen untuk produknya supaya tidak menyatakan Taiwan sebagai sebuah negara merdeka.

Sebaliknya menurut laporan itu, Apple meminta pembekalnya untuk melabelkan komponen yang dibekalkan dilabel sebagai “Made in Taiwan, China” atau “Chinese Taipei” bagi mengelakkan pulau itu ditafsirkan sebagai bebas daripada China.

Menurut Nikkei Asia lagi, Apple mengambil langkah itu adalah bagi mengelakkan daripada berlaku gangguan oleh pihak China ke atas rantaian bekalan hanya kerana label pada komponen untuk produk mereka.

Situasi tegang antara China dan Taiwan berlaku selepas lawatan yang dibuat oleh Speaker Dewan Perwakilan AS, Nancy Pelosi ke Taiwan baru-baru ini yang dilihat China sebagai provokasi dan mencabar mereka.

Sumber: businessinsider, Nikkei Asia

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Berkaitan

  • "Apple Tiru Kami"- Microsoft
  • "Jika Anda Pentingkan Gambar Yang Berkualiti, Itu Bermaksud Anda Memiliki iPhone" - Bekas Naib Presiden Google
  • "Sekat Kami Dan China Akan Menjadi Perintis Bagi Teknologi 5G" - Huawei

Terbaru

  • Xbox Nano Controller Rupanya Boleh Sambung Terus Ke Cloud Melalui Wi-Fi
  • TNG eWallet Kini Tawarkan Tempahan E-Hailing Di 47 Negara - Bayaran Dalam Ringgit Malaysia
  • Selepas Hampir 22 Tahun, Satelit Swift NASA Masuk Semula Atmosfera Di Atas Indonesia
  • CelcomDigi Kesan 260 Juta Panggilan Disyaki Scam, Sekat 22 Juta SMS Sebulan
  • Bluetooth Akan Jadi Lebih Pantas, Kadar Pemindahan Data Meningkat Hampir 4 Kali Ganda
  • Antigravity A1 Pertonton Mod Baharu 'Follow Me' Di Merdeka 118
  • Penduduk Gaza Ubah Sisa Runtuhan Jadi Turbin Angin Buatan Sendiri
  • Peraturan Baharu Jualan Tiket Bas Ekspres Dilaksana Berfasa - Pembelian Melalui Platform Sedia Ada Masih Dibenarkan
©2026 WISER.MY