Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
iPhone ifixit

Apple Dilapor Akan Perkenal Kaedah Tukar Bateri iPhone Lebih Mudah

Diterbitkan Jun 29, 2024 · Dikemas kini Jun 29, 2024 oleh Amalina Athman

Tahun lalu, Parlimen Kesatuan Eropah (EU) telah meluluskan undang-undang yang memerlukan pengeluar telefon pintar memastikan bateri boleh digantikan oleh pemilik menggunakan alat yang mudah diakses menjelang 2025.

Bagi mematuhinya, Apple kini dilapor sedang membangunkan teknologi untuk memudahkan penggantian bateri iPhone.

Berkaitan

  • EU Akan Kuat Kuasakan Bateri Telefon Pintar Mudah Ditukar, Tidak Perlu Peralatan Khas
  • 5 Sebab Telefon Ini Jadi ‘Flagship Killer’ Penting 2024

Ketika ini, kaedah untuk menggantikan bateri ‌iPhone‌ adalah rumit dan perlu menanggalkan jalur pelekat dengan peralatan khas.

Jika jalur ini pecah semasa proses, langkah tambahan yang melibatkan haba atau pelarut diperlukan untuk menanggalkan pelekat. Selepas mengeluarkan bateri lama, tray dan mesin khusus diperlukan untuk memasang yang baharu dengan selamat.

Sebaliknya, teknologi baharu yang sedang diuji oleh Apple melibatkan pembungkusan bateri dalam logam dan bukannya black foil. Dengan menggunakan voltan elektrik yang rendah, bateri baharu boleh tercabut dengan cepat daripada casis. Menurut The Information,

The new technology—known as electrically induced adhesive debonding—involves encasing the battery in metal, rather than foil as it is currently. That would allow people to dislodge the battery from the chassis by administering a small jolt of electricity to the battery, the people said.

Walaupun Apple mungkin berhenti melekatkan bateri pada kerangka iPhone, pengguna mungkin masih sukar untuk menggantikannya sendiri. Tambahan pula, ia bergantung pada banyak skru dan pelekat untuk memastikan paparan iPhone di tempatnya dan mengekalkan kalis air.

Kaedah baharu bagi penggantian bateri dijangka akan muncul dalam sekurang-kurangnya satu model iPhone 16 pada tahun ini, dan boleh diperluaskan kepada semua model iPhone 17 tahun depan.

Sumber: MacRumors

Gambar utama: iFixit

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Xbox Nano Controller Rupanya Boleh Sambung Terus Ke Cloud Melalui Wi-Fi
  • TNG eWallet Kini Tawarkan Tempahan E-Hailing Di 47 Negara - Bayaran Dalam Ringgit Malaysia
  • Selepas Hampir 22 Tahun, Satelit Swift NASA Masuk Semula Atmosfera Di Atas Indonesia
  • CelcomDigi Kesan 260 Juta Panggilan Disyaki Scam, Sekat 22 Juta SMS Sebulan
  • Bluetooth Akan Jadi Lebih Pantas, Kadar Pemindahan Data Meningkat Hampir 4 Kali Ganda
  • Antigravity A1 Pertonton Mod Baharu 'Follow Me' Di Merdeka 118
  • Penduduk Gaza Ubah Sisa Runtuhan Jadi Turbin Angin Buatan Sendiri
  • Peraturan Baharu Jualan Tiket Bas Ekspres Dilaksana Berfasa - Pembelian Melalui Platform Sedia Ada Masih Dibenarkan
©2026 WISER.MY