Prototaip iPhone Boleh Lipat Didakwa Muncul Dengan Paparan Panel Berasingan

Apple didakwa sedang menghasilkan prototaip iPhone boleh lipat yang mempunyai dua paparan panel secara berasingan dan disambungkan dengan engsel. Perkara ini didedahkan oleh Jon Prosser yang berkongsi mengenainya melalui ciapan di Twitter.

iPhone lipat

Menurutnya, iPhone boleh lipat itu mempunyai bucu yang bulat dengan keluli tahan karat sama seperti iPhone 11 dan tidak mempunyai takuk. Walaupun dua panel tersebut mempunyai paparan berasingan, ia kelihatan rata tanpa kesan lipatan apabila dibuka.

[embed]https://twitter.com/jon_prosser/status/1272504675615551489[/embed]

Prosser juga menyatakan versi Apple ini mungkin hampir sama dengan Microsoft Surface Neo dan Surface Duo yang juga mempunyai dua paparan dengan sambungan engsel.



Tidak dapat disahkan jika Apple akan membangunkan iPhone boleh lipat, namun khabar angin ini telah diperkatakan sejak 2017. Pada Mac 2020, paten Apple juga telah menunjukkan peranti dengan dua paparan berasingan yang boleh disambungkan dengan engsel.

Jika benar iPhone boleh lipat ini akan melepasi fasa prototaip, sudah pasti ia tidak akan dilancarkan dalam masa terdekat.

Sumber: MacRumors

Beli produk iPhone dari:

Lazada (https://invol.co/clp5o3)

Shopee (https://invol.co/clp5o4)