Apple Dikatakan Sedang Menghasilkan Alat VR Mereka

Berita mengenai Apple sedang terlibat dengan pembangunan AR dan VR sudah kedengaran sebelum ini. Ia ditambah dengan beberapa pembelian syarikat oleh Apple Inc. yang terlibat dengan teknologi tersebut.

Setakat ini hanya iphone X yang menyertakan teknologi berkaitan pengecaman wajah dan boleh digunakan untuk menghasilkan animoji, emoji dalam rupa haiwan yang boleh mengikut setiap mimik muka pengguna mereka.

Mengikut CNET, Apple masih dalam perancangan untuk memperkenalkan produk seperti headset pada tahun 2020 dan produk tersebut merupakan produk pertama yang boleh didapati di dalam pasaran sekarang.



Perkara pertama yang ketara adalah peranti tersebut mungkin akan menawarkan resolusi sehingga 8K untuk setiap mata, resolusi yang lebih tinggi jika dibandingkan dengan televisyen utama sekarang. Pada masa yang sama, peranti tersebut tidak akan menggunakan sambungan wayar bagi membuatkannya berfungsi.

Sebagai contoh, alat VR ketika ini memerlukan sambungan berwayar ke komputer yang lebih canggih atau satu 'beg' yang perlu digalas oleh pengguna. Untuk resolusi pula, sistem VR menggunakan resolusi antara 1200 x 1200, satu angka yang lebih rendah untuk resolusi 8K.



Tim Cook sebelum ini pernah melahirkan keinginan untuk Apple Inc. menghasilkan sesuatu di dalam VR/AR tetapi teknologi sekarang membataskan Apple untuk berbuat demikian..