Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Apple Dijangka Lancar HomePad Dengan Skrin Yang Menjalankan homeOS

Apple Dijangka Lancar HomePad Dengan Skrin Yang Menjalankan homeOS

Diterbitkan Oktober 2, 2024 oleh Rushsyafizal

Apple dijangka melancarkan HomePod dengan skrin pada tahun 2025, lengkap dengan sistem operasi baharu yang dikenali sebagai homeOS, menurut laporan daripada Mark Gurman dari Bloomberg. Peranti ini akan hadir dalam dua versi model asas dan versi premium yang dilengkapi lengan robotik yang boleh memutarkan skrin untuk sudut tontonan lebih baik.

Model asas dijangka akan memberi tumpuan kepada ciri-ciri asas seperti FaceTime dan kawalan rumah pintar, dan dijangka dilancarkan seawal tahun depan. Sementara itu, model premium dengan lengan robotik mungkin hanya tiba menjelang 2026, dengan harga lebih daripada USD 1,000~(RM4,176.25}

Kedua-dua versi ini akan menampilkan Apple Intelligence, memberikan pengalaman AI yang lebih menyeluruh untuk pengguna, dan sistem homeOS pula akan berasaskan tvOS. Ini bertujuan untuk menyediakan antara muka yang lebih seragam dalam menguruskan ekosistem rumah pintar.

Perkembangan ini memperlihatkan strategi Apple untuk menggabungkan kecerdasan buatan (AI) dan robotik dalam kehidupan harian, serta bersaing dengan produk-produk seperti Amazon Echo Show dan Google Nest Hub. Paparan pintar ini juga menunjukkan kesungguhan Apple dalam memimpin teknologi rumah pintar masa hadapan.

Berkaitan

  • Ramai Tak Tahu Tawaran Eksklusif iPhone 16 di iTworld, Jangan Terlepas
  • Shimano Rancang Melancarkan Sistem Penukar Gear Basikal Berkuasa AI
  • Pemegang Lesen B2/B1 Kini Boleh Semak Kelayakan, Mohon Program Khas Peralihan Kelas B

Sumber : engadget

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Microsoft Sahkan Gangguan Global Berakhir, Perkhidmatan Kembali Pulih
  • Laptop Kita Selangor: 150 Komputer Riba Untuk Setiap DUN
  • Selangor Tawar Akses Gemini Enterprise Setahun Kepada 50,000 Rakyat
  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
©2026 WISER.MY