Apple Bercadang Untuk Tidak Menggunakan Cip Qualcomm Untuk Peranti iPhone Dan iPad Mulai Tahun Hadapan

Umum mengetahui yang Apple Inc dan Qualcomm sedang terlibat dalam satu pertikaian di dalam mahkamah Amerika Syarikat. Disebabkan pertikaian tersebut, Qualcomm mengambil keputusan untuk menghalang Apple dari menggunakan perisian mereka untuk menguji cip LTE untuk keluaran peranti mereka seterusnya.

Sumber dari Wall Street Journal memberitahu yang Qualcomm menghentikan perkongsian perisian mereka sejak bulan Januari lepas manakala Qualcomm berkata Apple sudah menggunakan menguji cip mereka yang akan digunakan untuk peranti tahun hadapan.

Apple sudah lama menggunakan cip modem Qualcomm beberapa tahun lepas namun mula menggunakan cip Intel di dalam iPhone 7 dan iPhone 7 Plus termasuk peranti iPhone 8 tahun ini.



Mungkin calon terdekat yang Apple boleh fikirkan adalah Intel dan MediaTek.

Sumber