Tahun ini agak berbeza, iPhone 12 terbaharu belum pun keluar lagi tetapi Apple sudah memperlihatkan cip pemprosesan terbaharu mereka - Apple A14.
Cip ini telah membuat debut pada iPad Air terbaharu dan secara tidak langsung menjadikannya produk Apple paling pantas dan berkuasa setakat ini.
Cip ini adalah dari binaan 5nm dan memuatkan sebanyak 11.8 billion transistor. Jumlah transistor ini adalah 40% lebih banyak berbanding cip sebelumnya. Keseluruhannya, ia mampu melakukan 11 trillion operasi setiap saat.
Dari segi spesifikasi lain, Apple tidak mendedahkan secara terperinci. Apa yang dinyatakan adalah cip ini menggunakan 6 teras CPU dan juga 4 teras GPU yang baharu. Bersama-sama itu, ia turut memuatkan 16 teras Neural Engine untuk kepintaran peranti.
Seperti yang dijangka, cip ini akan turut menjadi nadi kepada iPhone 12 kelak. Kemampuan sebenar cip ini sudah tentu akan diperlihatkan oleh Apple ketika pengenalan iPhone 12 yang dinantikan-nantikan tersebut.
Berkaitan
- Apple Menjual Roda Mac Pro Dengan Harga RM2,799
- Apple Kini Turut Menyumbang 20 Juta Topeng Muka Di Seluruh Dunia
- iPad Air Kini Rasmi Dengan Cip A14 Dan Rekaan Baharu - Harga Bermula RM2,599
- Sebanyak 220 Juta USD Telah Didermakan Apple Kepada (RED) Untuk Melawan Penyakit AIDS
- Apple Watch Series 6 Dan SE Boleh Dipra-Tempah Di Malaysia Bermula 15 Oktober Ini
- Apple Mahu Himpunkan Kesemua Perkhidmatan Berbayar Dalam Satu Bentuk Langganan 'Apple One'
- DxOMark: Jenama Apple Kini Antara 5 Teratas Dalam Carta Melalui iPhone 12 Pro Dan iPhone 12 Pro Max
- Komputer Apple Seterusnya Dijangka Akan Gunakan Cip AMD Ryzen Pula
- Apple Kemaskini iPad Gen-8 Dengan Cip A12 Lebih Pantas - Bermula RM1,449
- Face ID Apple Pada Masa Hadapan Mungkin Guna Salur Darah Sebagai Imbasan Biometrik