Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Apple A14 Diumumkan – Cip Pemprosesan Binaan 5nm Paling Berkuasa Dari Apple

Apple A14 Diumumkan – Cip Pemprosesan Binaan 5nm Paling Berkuasa Dari Apple

Diterbitkan September 16, 2020 ยท Dikemas kini September 16, 2020 oleh Meor Hasyim

Kebiasaannya kita akan melihat Apple memperkenalkan cip pemprosesan serba baharu seiring dengan pelancaran iPhone terbaharu mereka.

Tahun ini agak berbeza, iPhone 12 terbaharu belum pun keluar lagi tetapi Apple sudah memperlihatkan cip pemprosesan terbaharu mereka – Apple A14.

Gurman: iPad Air 4 will be the first Apple product with A14 processor, beating iPhone 12 release - 9to5Mac

Cip ini telah membuat debut pada iPad Air terbaharu dan secara tidak langsung menjadikannya produk Apple paling pantas dan berkuasa setakat ini.

Cip ini adalah dari binaan 5nm dan memuatkan sebanyak 11.8 billion transistor. Jumlah transistor ini adalah 40% lebih banyak berbanding cip sebelumnya. Keseluruhannya, ia mampu melakukan 11 trillion operasi setiap saat.

Apple A14 Diumumkan – Cip Pemprosesan Binaan 5nm Paling Berkuasa Dari Apple

Dari segi spesifikasi lain, Apple tidak mendedahkan secara terperinci. Apa yang dinyatakan adalah cip ini menggunakan 6 teras CPU dan juga 4 teras GPU yang baharu. Bersama-sama itu, ia turut memuatkan 16 teras Neural Engine untuk kepintaran peranti.

Seperti yang dijangka, cip ini akan turut menjadi nadi kepada iPhone 12 kelak. Kemampuan sebenar cip ini sudah tentu akan diperlihatkan oleh Apple ketika pengenalan iPhone 12 yang dinantikan-nantikan tersebut.

 

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Microsoft Sahkan Gangguan Global Berakhir, Perkhidmatan Kembali Pulih
  • Laptop Kita Selangor: 150 Komputer Riba Untuk Setiap DUN
  • Selangor Tawar Akses Gemini Enterprise Setahun Kepada 50,000 Rakyat
  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
©2026 WISER.MY