Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Aplikasi TikTok Kini Melepasi 2 Bilion Jumlah Muat Turun Di iOS Dan Android

Aplikasi TikTok Kini Melepasi 2 Bilion Jumlah Muat Turun Di iOS Dan Android

Diterbitkan April 30, 2020 oleh Amalina Athman

Aplikasi sosial media yang semakin popular, TikTok kini secara rasmi telah melepasi 2 bilion muat turun secara global pada peranti iOS dan Android. Pencapaian ini hanya selepas lima bulan TikTok melepasi angka 1.5 bilion muat turun.

TikTok

Pada suku pertama tahun 2020, TikTok menjadi aplikasi paling banyak dimuat turun secara global, dengan jumlah kumulatif melebihi 315 juta muat turun di App Store dan Google Play.

Seperti kebanyakan aplikasi sosial media dan penstriman video yang lain, lonjakan muat turun ini mungkin disebabkan lebih ramai pengguna menghabiskan masa bermain telefon pintar sepanjang penularan pandemik Covid-19.

Secara keseluruhan, India dan China menjadi penyumbang terbesar kepada muat turun aplikasi TikTok dengan jumlah masing-masing 611 juta atau 30.3% dan 196.6 juta atau 9.7%.

Selain itu, Google Play telah merangkumi sebahagian besar muat turun TikTok yang sehingga kini mencapai lebih daripada 1.5 bilion muat turun, atau 75.5%. Sementara itu, App Store telah menghasilkan 495.2 juta muat turun, atau 24.5%.

Menurut Sensor Tower, sehingga kini TikTok telah menjana pendapatan $435.3 juta daripada pengguna iOS dan $21.4 juta pendapatan daripada Android.

Sumber: Sensor Tower

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • AEON Bank Perkenal 'Financial Purr-Sona' - Ciri AI Untuk Kenal Pasti Persona Kewangan Pengguna
  • Apple Akui Isu Skrin iPhone Duo Retak, Hanya Sebilangan Kecil Unit Terjejas
  • YouTube Sasar Guna Codec AV2 Di Web Seawal 2027
  • Meta Janji, Muse AI Tidak Akan Dipenuhi Iklan
  • Teknologi Tayar Sembuh Sendiri USM Berjaya Diuji Di Litar Lumba
  • (Ulasan) HONOR 600S — Tahan Lasak Dengan Bateri 8,100mAh, Tapi Bukan Untuk Semua Orang
  • Microsoft Tawar Pakej Berhenti Sukarela Kepada 60,000 Pekerja, Terus Labur Besar Dalam AI
  • iOS 27.2 Tersedia Dengan Ciri Baharu, Lebih 160 Kelemahan Keselamatan Dibaiki
©2026 WISER.MY