Aplikasi TikTok Diharamkan Di India

Aplikasi TikTok merupakan aplikasi sunting dan perkongsian video pendek yang telah dilancarkan sekitar 2016 yang lalu.

Seperti kebanyakkan aplikasi media sosial yang lain, TikTok turut terpalit dengan masalah perkongsian kandungan yang tidak sihat seperti pornografi.

Baru-baru ini, Google dilaporkan telah menarik aplikasi TikTok dari senarai muat turun Google Play Store untuk pengguna di India atas arahan dari mahkamah tempatan.

Gedung dalam talian App Store milik Apple juga tidak terkecuali dari melakukan perkara yang sama, selepas diperintahkan oleh pihak kerajaan sepertimana yang diungkapkan dalam laporan Venturebeat.

Terdahulu, mahkamah negeri di selatan Tamil Nadu menggesa kerajaan pusat untuk mengharamkan muat turun TikTok bagi pengguna di India dengan mendakwa aplikasi itu "mengalakkan pornografi" serta berisiko "merosakkan masa depan dan pemikiran anak-anak muda".

Belum dapat dipastikan langkah sekatan ini kekal atau bersifat sementara. TikTok ketika ini mempunyai lebih dari 120 juta pengguna bulanan aktif di India.

Sumber: Venturebeat