Pihak Google telah membuang aplikasi tersebut dari Play Store.
Penyelidik keselamatan telefon pintar dari Kaspersky telah menemuai kod perisian hasad yang tersembunyi di dalam sebuah aplikasi popular pengimbas teks. Aplikasi yang dimaksud adalah CamScanner – Phone PDF Creator.
Menerusi analisis mendalam terhadap aplikasi itu, pihak penyelidik mendapati CamScanner mengandungi komponen kod perisian hasad yang dikenali sebagai Trojan Dropper.
CamScanner adalah aplikasi pengimbas yang telah dimuat turun oleh lebih daripada 100 juta ulang muat turun dari Google Play Store.
Berikutan penemuan kod perisian hasad di dalamnya, pihak penyelidik telah melaporkan kepada Google dan mereka dengan segera telah membuang aplikasi tersebut daripada ditawarkan dalam Google Play Store kepada pengguna peranti Android.
Jadi, kepada pengguna Android yang mungkin ada memuat turun aplikasi ini dinasihatkan supaya membuangnya dengan segera dari peranti tersebut. Ap ayang dapat dijadikan iktibar di sini adalah pengguna perlulah sentaiasa berhati-hati terhadap aplikasi yang dimuat turun mereka.
Sumber: Secure List
Berkaitan
- Berbuka Puasa Lebih Yakin Di Hotel Dan Restoran Dengan Aplikasi Pengesahan Halal Diiktiraf JAKIM
- Apple Membuang Aplikasi Intip, Like Patrol Dari App Store
- Gelombang Panas Di UK Sebabkan Servis Awan Google Tergendala
- Peranti Android Jadi Lebih Lancar Dan Selamat Selepas Disaluti 'Karat' - Google
- Google Diperintah Bayar Denda Lebih RM189 Juta Kerana Kelirukan Pengguna Di Australia
- 3 Aplikasi Popular Google Ini Bakal Terima Kuasa 'AI'
- Kaspersky Menyatakan Mereka Bukan Punca Masalah Kemas Kini Windows 10 KB4524244
- Sedang Melancong Di Pulau Langkawi? Jom Muat Turun Aplikasi 'My Smart City'
- Google Gesa Pengguna Android Segera Buang Aplikasi Popular Ini
- Xiaomi Lancarkan Mesin Basuh Mini Pintar, Boleh Kawal Dari Aplikasi