Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Aplikasi Permesejan Dari Turki Ini Meningkat Popular Di Beberapa Buah Negara Islam

Aplikasi Permesejan Dari Turki Ini Meningkat Popular Di Beberapa Buah Negara Islam

Diterbitkan Januari 20, 2021 · Dikemas kini Januari 20, 2021 oleh ariff bukhari

Selepas kontroversi pelaksanaan terma dan syarat baharu yang diperkenalkan WhatsApp terhadap penggunanya (tetapi telah ditangguhkan selepas dikritik baru-baru ini), para pengguna di seluruh dunia mula beralih kepada platfom permesejan alternatif lain.

Antaranya adalah seperti aplikasi permesejan Signal dan Telegram.

Selain 2 aplikasi tersebut, terdapat satu lagi aplikasi permesejan yang mula diterima baik di beberapa buah negara khususnya negara-negara Islam.

Aplikasi yang dikenali sebagai BiP kini dilaporkan telah menjadi aplikasi permesejan alternatif popular di Negara Indonesia dan Bangladesh.

BiP yang dibangunkan oleh pembangun aplikasi dari negara Turki ini dilaporkan telah menjadi pilihan utama pengguna di Bangladesh selepas kebimbangan terhadap isu privasi WhatsApp.

Isu yang sama juga dilaporkan menjadi sebab utama mengapa pengguna di Indonesia memilih BiP sebagai aplikasi pilihan mereka.

BiP boleh dimuat turun untuk telefon pintar Android dan iOS. Malah aplikasi BiP juga ditawarkan untuk platfom komputer macOS dan Windows.

Untuk info lanjut tentang aplikasi ini, layari laman rasmi BiP.com.

Sumber: Daily News, AA

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • SoftBank Rancang Pelaburan AS$50 Bilion Dalam Teknologi Di Malaysia - PM Anwar
  • Selepas Didenda €200 Juta, Temu Janji Perketat Kawalan Penjualan Produk Tidak Sah
  • iPad mini Baharu Rasmi Dengan Skrin OLED, Cip A20 Pro, Harga Bermula RM2,999
  • Fungsi Navigasi TuJu Alami Gangguan, Pemulihan Dijangka Selesai Selewatnya 6 November
  • Maxis Broadband Bakal Ambil Alih Aset Perniagaan Astro Fibre, Nilai Sehingga RM83 Juta
  • Oracle Keluarkan Kemas Kini Kecemasan Java Susulan Insiden Sijil eMudhra
  • Cara Dapatkan Akses Microsoft 365 Percuma Khas Untuk Pelajar
  • Pekerja Micron Di Taiwan Tolak Cadangan Bonus Baharu, Tuntut Agihan Keuntungan Lebih Adil
©2026 WISER.MY