Antara naiktaraf besar berbanding Pixel 4a adalah Pixel 4a 5G menggunakan cip Snapdragon 765G yang turut sama dimuatkan dalam Pixel 5.
Dengan cip ini, ia menyokong rangkaian 5G dan mempunyai kuasa pemprosesan sedikit lebih pantas berbanding Pixel 4a.
Skrinnya juga adalah lebih besar dengan 6.2 inci OLED FHD+ berbanding 5.81 inci pada Pixel 4a. Panelnya hanyalah sekadar 60Hz dan tidak mengikut jejak Pixel 5 dengan 90Hz.
Selain Snapdragon 765G, prestasinya turut dibantu RAM 6GB dan storan dalaman 128GB.
Antara naik taraf utama lain adalah kamera. Pixel 4a 5G mempunyai konfigurasi kamera seperti Pixel 5 iaitu 12MP utama dan sudut lebar 16MP. Kamera swafoto hadapan adalah 8MP.
Selain itu, bateri juga lebih besar dengan 3885mAh. Pengecasan 18W USB-PD turut disertakan. Berbeza dengan Pixel 5, ia tidak menyokong pengecasan tanpa wayar dan tanpa wayar berbalik.
Tambahan, tiada ciri penarafan kalis air IP68. Pixel 4a 5G juga diperbuat dari plastik bukannya aluminium seperti Pixel 5.
Google menawarkan 2 pilihan warna untuk Pixel 4a 5G iaitu Just Black dan Clearly White.
Untuk harga jualan, Pixel 4a 5G dijual pada $499 (~RM2,073) di Amerika Syarikat.
Sumber: Pixel 4a 5G
Berkaitan
- Redmi K30 5G Racing Edition Dilancarkan - Hanya Kemaskini Cip Dengan Snapdragon 768G
- HONOR Play 4 Dan Play 4 Pro Dilancarkan Dengan Sokongan 5G Dan Fungsi Imbasan Suhu
- Google Authenticator Dikhuatiri Tidak Selamat Digunakan Kerana Kod 2FA Boleh Dipintas Dengan Mudah
- HTC U20 5G Dilancarkan - Premium Pada Harga, Bukan Pada Spesifikasi
- Google Chrome Selepas Ini Akan Lebih Jimatkan Bateri Komputer Mac Anda
- Pilihan Raya AS, Google Classroom, Dan BPN Merupakan Carian Paling Tinggi Sepanjang 2020 Di Malaysia
- Google Berkongsi Graf Kepantasan Fungsi "Share" Pada Android 10 Berbanding Pada Android 9
- Google Menentang Mod Kecantikan Dalam Kamera, Beri Impak Negatif Kepada Pengguna
- OnePlus Malaysia Beri Petunjuk Kehadiran Nord CE 2 5G Untuk Pasaran Tempatan
- Google Pixel 4 Versi 5G Berkemungkinan Dilancarkan Minggu Hadapan