Pertama kali Firefox dilancarkan adalah pada 9 November 2004.
Jika anda adalah pengguna tegar, kipas susah mati pelayar Firefox, anda pastinya tidak terlepas meraikan ulang tahun ke-15 aplikasi pelayar tersebut pada 9 November baru-baru ini.
Firefox versi pertama (1.0) pertama kali dilepaskan secara rasmi kepada pengguna adalah pada 9 November 2004 dahulu, 2 tahun selepas versi beta di bawah nama projek "Phoenix" ditawarkan kepada pengguna umum.
https://twitter.com/firefox/status/1193121052609658881
Sejak daripada itu, pembangunnya, Mozilla telah menambah baik pelayar tersebut setiap tahun. Dari segi rekaan logo hinggalah ciri-ciri terbaru yang dimuatkan dalam pelayar Firefox.
Sepanjang 15 tahun ini juga, Firefox turut berdepan dengan pelbagai cabaran yang antaranya adalah ia pernah disabotaj oleh Google dan cabaran mengekang eksploitasi penggodam terhadap ciri keselamatan pelayar tersebut.
Kini, Firefox merupakan antara pelayar terpantas dan terbaik yang ada ditawarkan kepada pengguna menerusi versi terbaru Firefox Browser v70.0.1.
Selain Firefox Browser, Mozilla turut menawarkan pelbagai versi pelayar lain yang masih dalam peringkat pembangunan untuk dicuba oleh pengguna seperti Firefox Browser Developer Edition, Firefox Beta dan Firefox Nightly.
Selamat menyambut ulang tahun ke-15 Firefox.
Berkaitan
- Masalah Capaian Internet Di Pekan Tenom, Sabah Ditangani
- Kini Anda Boleh Mainkan Permainan Microsoft Flight Simulator Versi Pertama Hingga Empat Terus Dari Pelayar Anda
- Pelayar Google Chrome Versi 78 Menawarkan Beberapa Ciri Terbaru
- Aplikasi Pelayar Vivaldi Kini Diselaras Bersama Perkakasan Razer Chroma
- 13 Menara Baharu Akan Didirikan Di Pitas Bagi Melancarkan Capaian Internet Di Daerah Tersebut
- Google Pertingkatkan Kuasa Grafik Pelayar Chrome Dengan WebGPU
- Pengguna Pelayar Firefox Berdepan Isu Penggodaman, Kemas Kini Segera
- Penggodam 'Baik' Berjaya Godam Tesla, Windows 11 Dan Pelayar Sesawang
- Kemas Kini Terbaru Pelayar Google Chrome 81
- Microsoft Memaksa Pengguna Menggunakan Pelayar Edge