Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Aplikasi Paint Di Windows 11 Akhirnya Bakal Terima Ciri “Baru”

Aplikasi Paint Di Windows 11 Akhirnya Bakal Terima Ciri “Baru”

Diterbitkan Jun 8, 2023 · Dikemas kini Jun 8, 2023 oleh ariff bukhari

Microsoft secara rasmi sedang menguji mod gelap untuk aplikasi Paint di dalam Windows 11.

Ia selepas hampir dua tahun gergasi teknologi itu mula-mula memberi bayangan sebagai sebahagian daripada reka bentuk baru untuk aplikasi tersebut secara keseluruhan.

Ia sedang diuji dalam Canary dan Pembangun untuk pengguna versi Windows Insiders. Versi penuhnya pula  dijangka akan dilancarkan untuk semua pengguna pada akhir tahun ini.

Pengguna akhirnya akan dapat mengaktifkan mod gelap secara manual dalam halaman tetapan baharu Paint.

Aplikasi Paint Di Windows 11 Akhirnya Bakal Terima Ciri “Baru”
Aplikasi Paint Di Windows 11 Akhirnya Bakal Terima Ciri “Baru”

Selain itu, Paint baharu juga akan terima tetapan pilihan muat ke skrin ( fit-to-screen) untuk dipadankan dengan saiz tetingkap serta pintasan yang dipertingkatkan.

Microsoft juga mengemas kini dialog “Image Properties” agar ia sepadan dengan gaya reka bentuk Windows 11 baharu dan muat dengan latar belakang aplikasi Paint baharu itu nanti.

Aplikasi Paint Di Windows 11 Akhirnya Bakal Terima Ciri “Baru”

Berkaitan

  • WhatsApp Channel? Ini Maklumat Yang Anda Harus Tahu Tentangnya
  • Machines Adakan 'Warehouse Clearance' Selama 3 Hari Berturut-Turut

Sumber: Microsoft

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Google Umum Pelaburan AS$15 Bilion Di Malaysia, Sasar 9,000 Pekerjaan Dengan Gaji Lebih Tinggi
  • Paras Gas Karbon Dioksida Dunia Telah Meningkat 3 Kali Ganda Sejak 1960 - WMO
  • HONOR Magic9 Pro Max Dengan Pengimejan ARRI Sah Ke Malaysia, Jadi Telefon Rasmi FFM35
  • UKM Jadi Institusi Pertama Di Asia Tenggara Guna Implan Suara Boleh Laras
  • Aplikasi Shopee Kini Ada Pembantu Beli-Belah 'Migoo AI'
  • Sam Altman: RAM Lebih Baik Digunakan Di Pusat Data Berbanding PC
  • Google Akan Sekat Akses Search Untuk Pelajar Jika Sekolah Tolak AI
  • Reddit Mula Uji Paparan Iklan Dalam Hasil Carian
©2026 WISER.MY