Pelayar permainan pertama di dunia kini hadir ke platfom Mac.
Pembangun aplikasi pelayar Opera hari ini mengumumkan pelayar Opera GX kini ditawarkan secara rasmi kepada pengguna macOS.
Opera sebelum ini menyatakan bahawa pelayar Opera GX merupakan aplikasi pelayar permainan pertama di dunia.
Ia merupakan aplikasi pelayar yang dilengkapi dengan ciri tetapan khusus bagi membolehkan pemain tegar permainan atas talian membuat tetapan yang membolehkan mereka bermain permainan secara strim dengan lancar serta pada tahap prestasi dan kualiti visual terbaik.
Antara ciri utama Opera GX adalah ‘Network limiter’ yang dapat meningkatkan prestasi permainan atas talian serta servis penstriman pengguna khusunya jika mereka menggunakan rangkaian yang perlahan.
Ia juga dilengkai dengan panel yang membolehkan penggunanya menetapkan limitasi pengguna RAM serta kuasa cip pemprosesan komputer.
Tidak sepertimana aplikasi pelayar lain yang biasanya menggunakan kapasiti RAM yang tinggi, panel tetapan Opera GX membolehkan pengguna mengawal sepenuhnya limitasi penggunaan kuasa ke atas pelayar tersebut.
Pelayar Opera GX pertama kali dilancarkan pada Jun 2019 lalu dan buat masa ini menyokong platfom Windows dan macOS sahaja. Ia boleh dimuat turun secara percuma terus dari laman rasmi Opera GX.
Berkaitan
- Selepas 21 Tahun, Kristal Astro Umumkan Penamatan Operasi Pada Mac Ini
- Harmony OS Akan Menjadi Sistem Operasi Kelima Terbesar Di Dunia Pada 2020 - Huawei
- Aplikasi One Hand Operation+ Kini Tambah Ciri Baru Untuk Tablet Dan Telefon Pintar Lipat
- Kereta Pintar Ini Dipandu Oleh Sistem Operasi HarmonyOS Dari Huawei
- Microsoft Menyiasat Dakwaan Kebocoran Kod Pembangunan Sistem Operasi Windows XP
- Sistem Operasi Windows 10X Dibangunkan Khusus Untuk Peranti Skrin Berkembar
- Ahlong Kini Lebarkan Operasi Menerusi Aplikasi Pinjaman Wang - PDRM
- HarmonyOS Mengejar Dominasi Pasaran Sistem Operasi Android Dan iOS
- Ini Mungkin Nama Baru Sistem Operasi Windows 11
- GXBank Jemput Anda Ke "Singgah Di Semua" Dan Buka Bersama Pada 23 Mac 2024