Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Penumpang Grab Boleh Pilih Antara 10 Stesen Radio Astro Ketika Menggunakan Perkhidmatan Itu

Aplikasi Grab Sedang Alami Masalah Di Asia Tenggara

Diterbitkan November 16, 2021 · Dikemas kini November 16, 2021 oleh Aminuddin Ahmad

Ramai pengguna pagi tadi mengeluh kerana mereka mengalami masalah di aplikasi Grab sejak pagi. Disangka ia berpunca daripada pihak penjual atau masalah peranti, namun rupa-rupanya ia dari pihak Grab sendiri.

Bukan sahaja pengguna tempatan malah pengguna di Indonesia, Thailand, Singapura dan Filipina turut sama melaporkan perkara yang sama di mana mereka tidak dapat menempah GrabCar. Antara yang terkesan teruk ialah pengguna yang menggunakan perkhidmatan GrabCar untuk ke tempat kerja dan penggemar kopi di pagi hari.

Jam 9 tadi, Grab Malaysia melalui kenyataannya di Twitter memaklumkan mereka mengalami masalah teknikal.

Grab Malaysia mengeluarkan twit,

Dear users, we are currently experiencing a service disruption, which may result in your Grab app not working as expected. Our team is currently looking into this and we will update when the app is back up & running. Apologies for the inconvenience & thank you for your patience.

Grab Indonesia pula memohon maaf di Twitter,

Dear para pelanggan Grab, saat ini aplikasi Grab sedang mengalami gangguan sehingga tidak bisa diakses seperti biasa. Tim Grab sedang menanganinya & akan menginfokan ketika aplikasi sudah aktif kembali. Mohon maaf atas ketidaknyamanannya & terima kasih kesabarannya.

Tidak pasti bilakah isu ini dapat diselesaikan namun mungkin mengambil masa kerana ia melibatkan kebanyakan Grab di Asia Tenggara.

Sumber: Grab

Baca juga:

  • Senarai Bank Dan e-Dompet Yang Menyokong DuitNow
  • Cara Beli Tiket Bas Dan Feri Guna Aplikasi Grab
  • Grab Perkenal Program Baru Untuk Bantu Perniagaan Kecil Semasa PKP

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Microsoft Sahkan Gangguan Global Berakhir, Perkhidmatan Kembali Pulih
  • Laptop Kita Selangor: 150 Komputer Riba Untuk Setiap DUN
  • Selangor Tawar Akses Gemini Enterprise Setahun Kepada 50,000 Rakyat
  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
©2026 WISER.MY