Aplikasi ini sangat berguna kepada anda yang mempunyai lebih dari satu akaun Google seperti contoh...
- akaun peribadi,
- akaun untuk kerja
...kerana ia memudahkan anda untuk mengakses akaun-akaun tersebut dari satu medium sahaja.
Selain itu anda juga boleh menggabungkan beberapa penyenaraian kenalan menjadi satu, sebagai contoh jika rakan anda mempunyai dua nombor telefon; satu nombor peribadi dan satu lagi nombor untuk kerja, kedua-duanya akan digabungkan menjadi satu.
Aplikasi Contacts ini turut mencadangkan penambahan maklumat kepada senarai kenalan sedia ada secara automatik.
Dikhabarkan juga Google sedang dalam usaha untuk membawakan ciri Kod QR ke dalam aplikasi Contacts tersebut. Dengan ciri itu, pengguna berkongsi kod QR kenalan kepada kenalan yang lain untuk diimbas dan ditambah ke dalam senarai kenalan mereka pula.
Walaubagaimanapun, tiada maklumat lanjut tentang penawaran ciri kod QR itu kepada pengguna global dan sama-sama kita nantikan pengumuman dari Google kelak.
Sumber; 9to5Google
Berkaitan
- Jualan Gudang Machines Kembali Lagi
- DxOMark Sudah Uji Pocophone F1, Prestasi Kamera Berada Diantara Pixel Dan iPhone 8
- Telefon 4 Kamera Utama Pertama Didunia Akan Mula Dijual 23 November Ini
- Pengguna realme 3 Pro Akan Terima realme UI Berasaskan Android 10
- HONOR 20 Pro Mula Dijual 15 Ogos Ini Pada Harga RM 2299
- Permainan Crash Bandicoot Mungkin Dibawa Pada Peranti Android Dan iOS
- Saham Twitter Jatuh 20%
- Kirin 1020 Dikatakan Hampir 50% Lebih Prestasi Berbanding Kirin 990 5G
- Perdana Menteri Malaysia Lancar Aplikasi Najib Razak
- Lebih Ramai Gemar Menonton Menggunakan Telefon Pintar Berbanding TV?